3 syarikat MES Group didenda, 4 bekas pengarah dipenjara atas kesalahan pekerjaan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: MES Logistics)
SINGAPURA: Tiga syarikat di bawah MES Group dan empat bekas pengarah didakwa pada Khamis (31 Ogos) atas pelbagai kesalahan pekerjaan, dedah Kementerian Tenaga Manusia (MOM).
Antara kesalahan tersebut adalah perisytiharan palsu tentang kenaikan gaji supaya pekerja akan memenuhi peraturan untuk mendapatkan permit kerja dan Pas S. Para pekerja kemudian diminta menyerahkan sebahagian pendapatan mereka dalam bentuk tunai.
MOM menyatakan ia adalah "kes paling besar" kesalahan perisytiharan palsu yang disiasat kementerian itu.
Mini Environment Service didenda S$396,500, Labourtel Management Corporation S$120,000 dan MES Logistics S$59,000.
Syarikat tersebut beroperasi dalam sektor logistik dan hartanah, dengan Labourtel mengendalikan empat dormitori pekerja hijrahan.
Disebabkan dakwaan tersebut, Labourtel akan menyerahkan pengendalian dormitori-dormitori itu kepada pengendali baharu.
Tiga bekas pengarah Mini Environment Service dan MES Logistics dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan mereka.
Mohamed Jinna Mohamed Abdul Jaleel dihukum penjara 42 minggu dan didenda S$48,000. Jika dia tidak membayar denda tersebut, dia akan menjalani hukuman penjara tambahan selama 192 hari.
Parvis Ahmed Mohamed Ghouse dihukum penjara 35 minggu dan didenda S$42,500. Jika dia tidak membayar denda, dia akan menjalani hukuman penjara tambahan selama 170 hari.
Chew Chain Loon dihukum penjara empat bulan. Individu keempat yang didakwa, pengarah Labourtel Haja Nawaz, dihukum penjara empat bulan dan dua minggu.
Ketiga-tiga syarikat dan empat individu didakwa melakukan kesalahan itu pada Mac 2021.
Menurut MOM, mereka dilarang daripada mengambil pekerja hijrahan baharu sejak kesalahan itu terbongkar.
MOM menjalankan siasatan terhadap dakwaan perbuatan haram oleh syarikat-syarikat MES Group pada 2019.
Antara 2009 hingga 2019, ketiga-tiga syarikat menyerahkan 111 perisytiharan palsu kepada MOM sedang ia memohon atau memperbaharui permohonan permit kerja dan Pas S.
Dengan melakukan demikian, syarikat tersebut boleh mengambil lebih ramai pekerja hijrahan melebihi had, tambah MOM.
Antara 2015 hingga 2019, Mini Environment Service juga menyerahkan 18 perisytiharan pekerjaan palsu kepada MOM.
Pada Mac dan April 2019, pekerja syarikat tersebut bekerja lebih masa, melebihi had 72 jam setiap bulan yang ditetapkan di bawah Akta Pekerjaan.
Mereka yang bersalah membuat kenyataan palsu atau menyediakan maklumat palsu dalam sebarang permohonan atau pembaharuan pas kerja boleh didenda sehingga S$20,000, hukuman penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.
Mereka juga akan dilarang mengambil pekerja hijrahan baharu dan membaharui permit pekerja hijrahan sedia ada.
Di bawah Akta Pengambilan Kerja Tenaga Kerja Asing (EFMA), mereka yang didapati bersalah mengambil pekerja secara haram boleh didenda antara S$5,000 hingga S$30,000, hukuman penjara sehingga 12 bulan, atau kedua-duanya sekali.
Mereka yang didapati bersalah melibatkan kesalahan bekerja melebihi had, berdepan denda sehingga S$5,000. Pesalah berulang boleh didenda sehingga S$10,000, dihukum penjara sehingga 12 bulan, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.