Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 syarikat MES Group dan pengarahnya didakwa dengan 553 tuduhan

Tiga syarikat MES Group dan para pengarahnya didakwa atas pelbagai kesalahan pekerjaan, yang termasuk menggajikan warga asing secara haram dan membuat pengisytiharan gaji yang palsu, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Khamis (18 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
3 syarikat MES Group dan pengarahnya didakwa dengan 553 tuduhan

(Gambar hiasan: Channel NewsAsia)

Diterbitkan : 18 Mar 2021 03:17PM Dikemas Kini : 18 Mar 2021 03:19PM

SINGAPURA: Tiga syarikat MES Group dan para pengarahnya didakwa atas pelbagai kesalahan pekerjaan, yang termasuk menggajikan warga asing secara haram dan membuat pengisytiharan gaji yang palsu, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Khamis (18 Mac).

Syarikat-syarikat itu adalah Mini Environment Service, Labourtel Management Corporation dan MES Logistics, serta para pengarahnya, Chew Chain Loon, Fathimunnisa Mohamed Abdul Jaleel, Haja Nawaz, Parvis Ahmed Mohamed Ghouse dan Mohamed Jinna Mohamed Abdul Jaleel didakwa dengan 553 tuduhan di bawah Akta Pengambilan Kerja Tenaga Kerja Asing dan Akta Pekerjaan.

Ini termasuk tuduhan bagi pengisytiharan pekerjaan palsu, pengisytiharan pendapatan palsu, menggajikan warga asing tanpa pas kerja yang sah dan kerja lebih masa yang keterlaluan.

Menurut MOM, pihaknya mengambil tindakan berdasarkan maklumat yang diterima dan ia melancarkan operasi khas untuk menyiasat dakwaan-dakwaan tersebut di syarikat-syarikat di bawah naungan MES Group pada 2019.

Siasatan menunjukkan bahawa antara November 2009 dengan 22 Mei 2019, Mini Environment Service dipercayai mengerahkan para pekerjanya untuk bekerja dengan Labourtel dan MES Logistics tanpa pas kerja yang sah. Mini Environment Service juga didakwa menyuruh pekerjanya bekerja melebihi waktu kerja yang dibenarkan di bawah Akta Pekerjaan antara Mac hingga Mei 2019.

Para pengarah dan syarikat-syarikat itu juga didakwa kerana bersubahat dan membuat pengisytiharan pendapatan dan pekerjaan yang palsu semasa membuat permohonan bagi pas kerja.

Kes terhadap para pengarah dan ketiga-tiga syarikat itu akan didengar lagi di mahkamah pada 8 Apr 2021.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan