Skip to main content

Singapura

3 suspek disyaki jalankan kegiatan tailong diberkas

Tiga suspek lelaki yang disyaki menjalankan kegiatan tailong diberkas pada Ahad (29 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
3 suspek disyaki jalankan kegiatan tailong diberkas

Seorang pegawai polis memberkas seorang suspek. (Gambar fail: Hanidah Amin)

Diterbitkan : 29 Nov 2020 08:24PM Dikemas Kini : 29 Nov 2020 08:28PM

SINGAPURA: Tiga suspek lelaki yang disyaki menjalankan kegiatan tailong diberkas pada Ahad (29 Nov).

Mereka akan didakwa di mahkamah esok (30 Nov).

Mereka ditangkap hujung minggu ini selepas polis mula menjalankan siasatan ke atas kes itu di Toa Payoh minggu lalu.

Pagar sebuah unit rumah telah dikunci dengan rantai basikal dengan disertakan nota penghutang.

Polis percaya mereka juga terlibat dalam beberapa kes serupa di seluruh negara.

Jika didapati bersalah buat kali pertama, mereka boleh dikenakan denda antara S$5,000 dengan S$50,000.

Mereka juga boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan disebat enam kali.

Sumber : CNA/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita