3 Singapore Idol bergabung untuk "Let’s Celebrate 2026" Mediacorp
SINGAPURA: Sempena meraikan ketibaan tahun baharu, Mediacorp menganjurkan acara "Let’s Celebrate 2026" di lokasi baharu iaitu Pantai Siloso, Sentosa pada Rabu (31 Dis).
Pengunjung boleh menjangkakan pelbagai persembahan dari artis dalam dan luar negara serta pertunjukan bunga api yang bakal mewarna-warnikan langit pada detik tengah malam Tahun Baharu.
Antara artis yang akan memeriahkan acara ini ialah penyanyi legenda Papa Rock, Ramli Sarip, Shazza, Fariz Jabba serta kumpulan K-pop, Red Velvet dan ramai lagi.
KETIGA-TIGA SINGAPORE IDOL GABUNG SUARA, BUAT PERSEMBAHAN
Antara penampilan yang dinantikan-nantikan ramai ialah ketiga-tiga Singapore Idol iaitu Sezairi Sezali, Hady Mirza dan Taufik Batisah.
Ini merupakan kali kedua mereka berkongsi pentas dan kali ini, mereka akan menyanyikan dua buah lagu Inggeris.
Juara Singapore Idol (2006), Hady Mirza pula berkata, "Waktu kami buat latihan kami sangat berbincang dan saya rasa semuanya berjalan dengan lancar. Jadi saya harap pada hari persembahan, semuanya akan menjadi satu persembahan yang baik"
Selain persembahan bersama, Juara Singapore Idol (2015) Sezairi Sezali juga bakal mendendangkan beberapa lagunya secara solo.
"Saya rasa pada hari persembahan penonton-penonton boleh menjangkakan atau mengharapkan persembahan yang sangat bertenaga daripada kami bertiga dan juga berseronok dengan kami di atas pentas," tambah Hady Mirza.
"Rasa macam istimewa lah dapat buat persembahan sama sama dengan rakan-rakan saya, Hady dan Sezairi," luah Taufik Batisah.
Masuk bagi acara ini adalah percuma dan pelbagai persembahan dan kegiatan menarik akan diadakan bermula jam 7.30 malam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.