3 sekolah SPED baharu akan dibuka untuk pelajar autisme, kurang upaya intelek
Tiga Sekolah Pendidikan Khas (SPED) yang baharu bagi pelajar dengan gangguan spektrum autisme dan kurang upaya intelek (ASD-ID) akan dibuka mulai pertengahan 2026, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Selasa (3 Mac).
Anggaran Waktu Membaca:
Pelajar SPED di Sekolah Pathlight. (Gambar fail: TODAY/Koh Mui Fong)
SINGAPURA: Tiga Sekolah Pendidikan Khas (SPED) yang baharu bagi pelajar dengan gangguan spektrum autisme dan kurang upaya intelek (ASD-ID) akan dibuka mulai pertengahan 2026, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Selasa (3 Mac).
Dengan pembukaan sekolah-sekolah baharu itu, jumlah sekolah SPED untuk pelajar dengan kondisi tersebut akan meningkat daripada 13 kepada 16.
MOE akan bekerjasama dengan tiga agensi perkhidmatan sosial - Perkhidmatan Pendidikan APSN, Persatuan Autisme dan Hospital St Andrew's Mission - bagi membangunkan sekolah-sekolah baharu itu.
Salah satu daripada tiga sekolah itu, yang dikendalikan oleh Perkhidmatan Pendidikan APSN, akan beroperasi dari sebuah tapak sementara di bahagian timur laut Singapura mulai separuh kedua 2026, kata Setiausaha Parlimen Kanan Pendidikan Syed Harun pada Selasa (3 Mac).
Pengumuman itu adalah sebahagian daripada peruntukan belanjawan bagi MOE tahun ini, yang bertujuan untuk menangani permintaan yang semakin meningkat bagi tempat-tempat dalam sekolah SPED dalam kalangan pelajar dengan ASD-ID.
MOE menyatakan jumlah pelajar dengan ASD-ID semakin meningkat dan ia membuat perancangan awal bagi memenuhi permintaan, di samping memastikan sekolah-sekolah mudah diakses di seluruh Singapura.
Singapura kini mempunyai hampir 9,000 pelajar SPED, dengan mereka yang didiagnos dengan ASD-ID membentuk jumlah yang ketara.
Langkah-langkah baharu yang diumumkan pada Selasa (3 Mac) bertujuan untuk menyokong 30 peratus lebih ramai pelajar dengan keperluan pendidikan khas, atau kira-kira 12,000 pelajar pada awal 2030-an.
Buat masa ini, kebanyakan pelajar dimasukkan ke sekolah SPED dalam tempoh enam bulan hingga setahun selepas menjalani penilaian, bergantung kepada keperluan mereka.
SEKOLAH SPED SEDIA ADA AKAN DIPERLUAS
Tiga sekolah SPED sedia ada juga akan mendapat kampus tambahan bagi memenuhi permintaan.
Kampus tambahan Sekolah MINDS Fernvale Gardens dan Sekolah MINDS Lee Kong Chian akan beroperasi dari tapak-tapak sementara di bahagian barat dan tengah Singapura mulai separuh kedua 2026.
Mulai 2027, Sekolah MINDS Towner Gardens akan mempunyai kampus tambahan di satu tapak sementara di bahagian timur Singapura manakala Sekolah MINDS Woodlands Gardens akan berpindah ke tapak sementara yang lebih besar, juga di bahagian utara Singapura, pada tahun yang sama.
Usaha juga sedang dijalankan untuk mendapatkan tapak-tapak tetap bagi sekolah SPED sedia ada untuk pelbagai jenis keadaan kurang upaya.
Antara sekolah-sekolah tersebut adalah Cerebral Palsy Alliance Singapore School (Barat), Sekolah Grace Orchard dan Sekolah Maitri.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.