3 sekolah menengah akan terima lebih ramai pelajar mulai 2024 apabila Pengumpulan Berdasarkan Subjek Secara Penuh dilaksana
SINGAPURA: Tiga sekolah menengah akan menerima lebih ramai pelajar mulai 2024 apabila Pengumpulan Berdasarkan Subjek Secara Penuh dilaksanakan kelak, dedah Menteri Pendidikan Chan Chun Sing pada Isnin (7 Mac).
Sekolah Perempuan Crescent, Sekolah Perempuan Tanjong Katong dan Sekolah Menengah Tanjong Katong yang buat masa ini hanya menerima pelajar daripada kursus Ekspres akan menerima kumpulan pelajar yang lebih luas daripada kohort Menengah 1 pada 2024, termasuk pelajar yang mengambil mata pelajaran G2, dedah Encik Chan.
Dengan Pelaksanaan Pengumpulan Berdasarkan Subjek Secara Penuh, para pelajar boleh memilih untuk mengambil mata pelajaran yang berbeza pada tahap mata pelajaran yang berbeza yang dikenali sebagai G1, 2 dan 3.
Para pelajar juga akan ditempatkan dalam kelas campuran mulai 2024 apabila sistem aliran dimansuhkan sepenuhnya kelak, kata Encik Chan.
Menjelang 2023, kira-kira 90 sekolah, atau lebih daripada dua pertiga sekolah menengah, akan melaksanakan pengumpulan berdasarkan subjek secara penuh.
Ini termasuk 31 sekolah menengah yang sudahpun melaksanakannya pada tahun ini, menurut MOE dalam lembaran fakta yang berasingan.
Sekolah-sekolah juga akan beralih daripada subjek berasaskan kursus di bawah pengumpulan berdasarkan subjek secara penuh, kata Encik Chan.
Bahasa Ibunda (B) akan dihentikan daripada mulai kohort Menengah 1 pada 2024.
PROGRAM ASAS POLITEKNIK AKAN DIPERLUASKAN
Program Asas Politeknik (PFP) juga akan dilaksanakan dengan Pengumpulan Berdasarkan Subjek Secara Penuh.
Program ini akan diperluaskan dan syarat gred yang terpilih untuk kemasukan akan dilonggarkan mulai 2024, kata Encik Chan.
Kira-kira 200 lagi pelajar akan meraih manfaat daripada program ini setiap tahun, selain 1,500 yang memasuki program tersebut sekarang, tambah beliau.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.