Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 remaja ditahan selepas serang budak perempuan di tempat letak kereta Buangkok

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tiga remaja ditahan selepas seorang budak perempuan perempuan diserang di tempat letak kereta bertingkat di Buangkok, kata polis pada Khamis (18 Ogos).

Pada sekitar 9.25 malam Selasa (16 Ogos), polis dimaklumkan mengenai serangan ke atas seorang remaja di tempat letak kereta bertingkat di Blok 269 Compassvale Link.

Menurut polis, budak perempuan itu cedera tetapi tidak perlu dibawa ke hospital dengan segera. Mangsa kemudian mendapatkan rawatan perubatan.

Ketiga-tiga remaja, kesemuanya berusia 15 tahun ditangkap kerana melakukan pengurungan yang salah, tambah polis.

Mereka juga disiasat kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

"Mereka yang terlibat dalam serangan itu dipercayai kenal antara satu sama lain," kali polis, sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan.

Rakaman video serangan itu tular di media sosial.

Dalam video itu, tiga perempuan, semuanya berpakaian hitam boleh dilihat berulang kali memukul seorang gadis berpakaian putih.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan