Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 remaja 17 tahun ditangkap curi motosikal di tempat letak kereta Pasir Ris

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Polis menangkap tiga remaja berusia 17 tahun yang disyaki mencuri sebuah motosikal dari sebuah tempat letak kereta di Pasir Ris.

Seorang daripada remaja itu akan dihadapkan ke mahkamah pada Isnin (17 Sep), sementara dua lagi masih disiasat.

Polis menyatakan, pada 15 September, pihaknya dimaklumkan mengenai kecurian motosikal dari sebuah tempat letak kereta.

Para pegawai dari Divisyen Polis Bedok kemudian berjaya mengenal pasti remaja terbabit, menerusi kamera polis dan kamera CCTV.

Ketiga-tiga remaja terbabit diberkas pada hari yang sama.

Motosikal serta topi keledar yang mereka curi berjaya ditemui semula.

Kesalahan mencuri kenderaan boleh membawa hukuman tujuh tahun penjara serta denda.
Sumber : CNA/DY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan