Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 pusat inovasi baru dilancarkan bagi bantu syarikat SME dakapi teknologi

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Oct 2022 06:46PM Dikemas Kini : 25 Oct 2022 08:46PM
SINGAPURA: Sekitar 1,500 syarikat kecil dan sederhana (SME) akan disokong untuk menguji dan mengembangkan huraian teknologi bagi membantu perniagaan mereka, mencatat pertumbuhan.

Tiga pusat inovasi baru dilancarkan bagi membantu pelbagai sektor niaga.

Ini termasuk sekitaran binaan, pertanian bandar serta kecantikan dan rawatan diri.

Terdapat 11 pusat sedemikian yang memberikan SME akses kepada kemudahan makmal, latihan serta khidmat konsultasi.

Mengumumkan langkah tersebut di acara Minggu Inovasi dan Teknologi Singapura, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata, pusat-pusat sedemikian menyokong sekitar 300 projek teknologi.

Tambah beliau, asas yang diberikan membantu syarikat-syarikat mendakap pendigitalan.

Namun untuk terus maju, perlu juga ada inovasi dan pembangunan produk-produk serta huraian baru.

"Bagi kebanyakan SME yang inovatif, apa yang mereka perlukan adalah akses kepada teknologi matang serta mampu siap pada skala, dan kemudahan untuk menguji produk-produk baru. Tiada hanya satu cara untuk membantu SME kita berinovasi dan berkembang maju," tambah Encik Heng Swee Keat.

Malah, Encik Heng menegaskan bahawa keperluan dan keadaan syarikat-syarikat SME perlu ditangani dengan khusus, supaya ramai dapat meraih manfaat daripada inovasi.
 
Sumber : CNA/IQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan