Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 projek baru bakal percepat penggunaan 5G di S'pura

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Aug 2022 07:26PM Dikemas Kini : 03 Aug 2022 09:07PM
SINGAPURA: Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) mengumumkan Program Inovasi 5G yang bermatlamat mempercepatkan penggunaan huraian 5G di Singapura.

Turut didedahkan, lagi tiga projek yang akan membantu Singapura memanfaatkan khidmat 5G dalam bidang-bidang berbeza.

Ketiga-tiga projek itu disifatkan oleh IMDA sebagai yang pertama seumpamanya dalam kategori masing-masing di rantau ini.

Yang pertama adalah penggunaan cermin mata bijak oleh para jurutera dan pegawai pemeriksaan di tapak limbungan kapal.

Kedua, melibatkan penggunaan 5G dalam perubatan.

Ia memanfaatkan paparan dan imej holografik untuk meningkatkan mutu khidmat jagaan kesihatan.

Yang ketiga pula menghasilkan pengalaman realiti tambahan (AR) dengan ciri-ciri sinematik di kawasan terbuka di Marina Bay.

IMDA menyatakan ia sedang bekerjasama dengan pihak industri untuk memanfaatkan nilai sebenar 5G dengan meneroka penggunaannya dalam perniagaan, serta membantu syarikat-syarikat memasarkan teknologi itu di dalam dan luar negara.

Menurutnya lagi, ia mengalu-alukan cara baru dan menarik bagaimana khidmat 5G dapat memberi manfaat kepada perniagaan-perniagaan dan menawarkan pengalaman baru bagi para pengguna.
Sumber : CNA/AI/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan