Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 peruncit elektrik buat bayaran muhibah kepada pelanggan

Anggaran Waktu Membaca:
3 peruncit elektrik buat bayaran muhibah kepada pelanggan

Flat-flat HDB di Singapura. (Gambar: Calvin Oh/CNA)

SINGAPURA: Tiga syarikat peruncit tenaga elektrik yang akan keluar daripada pasaran sudah komited untuk memberikan bayaran ex-gratia, atau penyelesaian secara privet, untuk memudahkan peralihan pelanggan mereka kepada pembekal elektrik lain, kata Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan Tan See Leng di Parlimen pada Khamis (3 Mac).

Peruncit tenaga elektrik berkenaan ialah Best Electricity, Ohm Energy dan UGS Energy.


Dr Tan, yang juga merupakan Menteri Tenaga Manusia, menjawab soalan di Parlimen yang diajukan oleh Encik Leon Perera (WP- Aljunied) tentang sama ada Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) bertanggungjawab untuk memastikan bahawa peruncit tenaga elektrik akan berpegang kepada Akta (Perdagangan Adil) Perlindungan Pengguna (CFPTA) apabila mereka keluar daripada pasaran.

Encik Perera juga menanyakan soalan jikalau EMA sudah menetapkan piawaian bagi pampasan apabila peruncit tenaga elektrik keluar daripada pasaran dan sama ada kaedah yang telus untuk menentukan piawaian yang adil boleh diumumkan.

Dr Tan berkata EMA sudah melaksanakan beberapa langkah perlindungan apabila peruncit keluar daripada pasaran.

Syarikat peruncit berkenaan disyaratkan membayar balik semua wang cengkeram keselamatan yang dikumpulkan daripada pengguna isi rumah selepas mengimbangi bayaran yang tertunggak.

Peruncit tersebut juga harus mendekati syarikat peruncit lain untuk mendapatkan kepentingan dan persetujuannya bagi menerima perubahan, atau pengantian, kontrak dengan terma dan syarat yang sama sebelum pelanggan boleh dipindahkan ke SP Group di bawah aturan bekalan diusulkan.

Para pelanggan juga bebas untuk menukar kepada peruncit lain mengikut pilihan mereka, kata Dr Tan.


Antara Oktober dengan Disember 2021, enam peruncit tenaga elektrik sudah keluar daripada pasaran ketika harga tenaga melambung tinggi.

"EMA akan menyemak semula rejim kawal selia semasa dan akan berusaha untuk mengukuhkan keperluan pelesenan dan pengawalan agar peruncit tenaga elektrik dapat melindungi kepentingan pelanggan dengan lebih baik," kata Dr Tan.

"Pelanggan yang ingin menuntut pampasan daripada peruncit elektrik mereka boleh menghubungi Persatuan Pengguna Singapura (CASE), Pusat Pengantaraan Singapura atau Tribunal Tuntutan Kecil untuk mendapatkan nasihat dan bantuan."

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan