Skip to main content

Singapura

3 peningkatan disaran bagi kukuhkan institusi keluarga

Jawatankuasa Semakan dan Perubahan yang Dipertingkat dalam sistem keadilan keluarga (RERF) menyarankan peningkatan dalam tiga bidang bagi mengukuhkan institusi keluarga.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Oct 2018 05:22PM Dikemas Kini : 02 Oct 2018 08:55PM

SINGAPURA: Jawatankuasa Semakan dan Perubahan yang Dipertingkat dalam sistem keadilan keluarga (RERF) menyarankan peningkatan dalam tiga bidang bagi mengukuhkan institusi keluarga.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Desmond Lee berkongsi idea-idea itu di Forum Keadilan Keluarga.

Langkah-langkah yang disarankan oleh RERF diharap dapat menangani masalah-masalah berkaitan kenaikan kadar penceraian dan keadaan penduduk yang menua.

Pertama, proses perantaraan sebelum penceraian akan mengurangkan tekanan kepada keluarga-keluarga dari segi mencapai persetujuan tentang hak penjagaan dan perhubungan dengan anak meskipun prosiding mahkamah belum dimulakan.

Selain daripada itu, menjalani kaunseling sebelum penceraian juga mendidik ibu bapa untuk menangani konflik mereka dengan lebih baik.

Kedua, dengan memberikan lebih kuasa kepada hakim dan peguam untuk membuat keputusan demi kebaikan keluarga, ia mencegah berlakunya insiden-insiden yang menyebabkan proses mahkamah berlarutan.

"Inilah visi yang kita impikan sebagai sebuah masyarakat iaitu untuk menegakkan keadilan dengan belas ihsan dan menjalinkan semula hubungan yang sudah terputus jika boleh, serta berpegang teguh kepada nilai-nilai sebuah keluarga," hujah Encik Lee.

Akhir sekali, RERF sedang menimbangkan untuk mengadakan latihan bagi menyokong para pegawai dilantik mahkamah untuk membuat keputusan bagi anggota keluarga yang hilang kemampuan mental.

Disebabkan profil penduduk yang menua, kes-kes sebegitu berpotensi untuk berlaku. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita