Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 pengarah syarikat didenda memfailkan dokumen palsu, mengelirukan dengan ACRA

Tiga pengarah syarikat didenda kerana memfailkan dokumen-dokumen palsu atau mengelirukan kepada Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (ACRA), menurut kenyataan media yang dikeluarkan pada Jumaat (24 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
3 pengarah syarikat didenda memfailkan dokumen palsu, mengelirukan dengan ACRA

(Gambar fail: Xabryna Kek).

Diterbitkan : 24 Aug 2018 09:56PM Dikemas Kini : 24 Aug 2018 09:59PM

SINGAPURA: Tiga pengarah syarikat didenda kerana memfailkan dokumen-dokumen palsu atau mengelirukan kepada Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (ACRA), menurut kenyataan media yang dikeluarkan pada Jumaat (24 Ogos).

Pengarah Tricom Resources N Suresh, yang juga pemegang saham syarikat itu, didapati bersalah pada 30 Julai kerana memfailkan maklumat palsu mengenai penyingkiran pengarah syarikat itu, Suresh Nair, menyusuli satu pertikaian.

Di bawah perlembagaan syarikat itu, seseorang pengarah hanya boleh disingkirkan melalui ketetapan biasa namun syarikat itu didapati tidak meluluskannya. N Suresh didenda S$7,500.

Pengarah ER Ambulance and Services, Makhali Kasmani, pula didapati bersalah pada hari yang sama kerana memberi kebenaran untuk memfailkan dokumen palsu dengan ACRA. Makhali sebelum ini memberitahu penyedia khidmat korporatnya untuk menyediakan dokumen-dokumen yang menyatakan bahawa syarikat itu sudahpun mengadakan mesyuarat agung tahunannya.

Makhali juga memberi kebenaran kepada penyedia khidmat itu untuk memfaikan pulangan tahunan palsu bagi 2016, dengan menyatakan bahawa syarikat itu sudah mengadakan AGMnya pada 30 Disember, 2016.

Makhali didenda S$9,200.

Turut didapati bersalah memfailkan maklumat palsu dengan ACRA adalah pengarah Food Partners, Wang Rui, yang memberi maklumat palsu pada 20 Ogos. Wang didenda S$9,500.

Wang bersetuju untuk membeli semua saham syarikat itu yang dimiliki mantan pengarah, Loo Say Bock. Bagaimanapun, selepas pertikaian berhubung bayaran antara Wang dan Loo, Wang memaklumkan ACRA mengenai perubahan butiran syarikat itu dengan menyatakan Loo sudahpun melepaskan jawatan sebagai pengarah syarikat tersebut. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan