3 penderma korporat sumbang S$300,000 kepada Cabaran Presiden
Tiga syarikat menderma S$300,000 bagi menyokong Cabaran Presiden tahun ini.
SINGAPURA: Tiga syarikat menderma S$300,000 bagi menyokong Cabaran Presiden tahun ini.
Presiden Halimah Yacob bertemu dengan penderma korporat tersebut semasa lawatan beliau ke Institusi Perubatan Sian Chay.
Institusi perubatan itu adalah antara penerima bantuan Cabaran Presiden tahun ini.
Mereka menawarkan konsultasi Perubatan Tradisional Cina (TCM) secara percuma dan rawatan murah bagi masyarakat.
Presiden Halimah diiringi Anggota Parlimen Marsiling-Yew Tee, Encik Zaqy Mohamed dalam lawatan ini.
Beliau juga menyertai agihan beg berisi makanan kepada para penerima bantuan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.