3 pemimpin WP lakukan kecuaian besar dalam pembayaran kepada ejen pengurusan AHTC
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar Fail: TODAY
SINGAPURA: Mahkamah Rayuan mendapati anggota-anggota majlis bandaran Parti Pekerja (WP) melakukan kecuaian besar dalam proses pembayaran mereka kepada ejen pengurusan Majlis Bandaran Aljunied-Hougang.
Menurut mahkamah lima hakim itu, ia tidak dapat melihat bagaimana tindakan pemimpin-pemimpin WP, Cik Sylvia Lim dan Encik Pritam Singh serta mantan ketua parti tersebut, Encik Low Thia Khiang, boleh dikatakan dilakukan dengan niat baik.
Kes itu tertumpu kepada penyalahgunaan dana majlis bandaran berjumlah S$23 juta.
Mereka merayu kepada keputusan mahkamah sebelum ini yang mendapati mereka bertanggungjawab atas penyalahgunaan dana tersebut.
Ia berkaitan dengan pengesahan berkaitan pembayaran khidmat dan percanggahan kepentingan.
Syarikat FMSS yang menjadi ejen pengurusan Majlis Bandaran Aljunied-Hougang dimiliki Cik How Weng Fan dan suaminya, Encik Danny Loh.

Mereka adalah penyokong-penyokong WP dan pekerja Majlis Bandaran itu.
Cik Lim, Encik Singh dan Encik Low perlu menandatangani cek-cek untuk membayar FMSS.
Namun mereka tidak melakukan pemeriksaan yang teliti mengenai khidmat-khidmat yang dilakukan FMSS sebelum membuat pembayarannya.
Mahkamah Rayuan menyatakan tiga anggota Majlis Bandaran WP itu tahu tentang adanya percanggahan kepentingan melibatkan Cik How dan Encik Loh, tetapi tidak menanganinya.
Menurut Mahkamah Rayuan, tiga anggota Majlis Bandaran itu sedar ada risiko berlaku pembayaran tidak wajar.
Lantaran itulah, mereka mahu cek-cek pembayaran ditandatangani mereka.
Meskipun ada risiko itu, keadaan tersebut dibiarkan berterusan sekurang-kurangnya tiga tahun.
Dalam tempoh itu pembayaran berjumlah S$23 juta dolar dilakukan.
Mahkamah Rayuan selanjutnya menyatakan memandangkan tiga anggota majlis bandaran WP itu tidak terlepas daripada liabiliti peribadi, jumlah ganti ruginya, jika ada, akan ditentukan pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Sementara itu, Mahkamah Rayuan mendapati tiga pemimpin WP itu bertindak dengan niat baik apabila melantik syarikat FMSS sebagai ejen pengurusan Majlis Bandaran Aljunied-Hougang.
Mereka memberi kontrak itu tanpa membuka tender.
Dalam hal itu, Mahkamah Rayuan mengubah keputusan mahkamah sebelum ini yang menyatakan bahawa para pemimpin WP yang berkenaan melanggar tugas fidusiari mereka.
Dalam tahun 2011, apabila WP menang GRC Aljunied, ketua parti itu, Low Thia Khiang percaya ejen pengurusan majlis bandaran kawasan undi tersebut, CPG Facilities Management, akan keberatan untuk berkhidmat di bawah pentadbiran parti pembangkang.
Para pemimpin WP percaya mereka perlu bertindak segera agar khidmat kepada para penduduknya tidak terjejas.
Bukti juga menunjukkan WP mungkin mengalami kesulitan untuk mendapatkan syarikat perkhidmatan yang mahu menjadi ejen pengurusan di Aljunied, kerana jumlah syarikat seperti itu, tidak banyak.
Dalam reaksinya, Kementerian Pembangunan Negara (MND) menyatakan ia prihatin bahawa para anggota Majlis Bandaran AHTC termasuk Pengerusi WP, Sylvia Lim tidak bertindak dengan niat baik dalam soal pembayaran kira-kira S$23 juta kepada FMSS.
Menurut MND, anggota-anggota majlis bandaran itu tahu tentang adanya percanggahan kepentingan dan risiko berlaku pembayaran lebih banyak daripada yang sepatutnya.
MND menukil keputusan Mahkamah Rayuan yang menyifatkan proses pembayaran oleh majlis bandaran itu sebagai "contoh paradigma tadbir urus kewangan yang lemah".
Kementerian itu menambah tuntutan ganti rugi akan dikemukakan.
Ia juga akan terus memantau perkembangan kes itu kerana melibatkan penggunaan dana awam.
Cik Sylvia Lim, Encik Low Thia Khiang dan Encik Pritam Singh berkata mereka akan meneliti keputusan Mahkamah Rayuan itu dengan para peguam mereka bagi mendapatkan nasihat untuk langkah selanjutnya.
Pengerusi Penyelaras Majlis-majlis Bandaran PAP pula berkata kes itu menimbulkan persoalan kepada proses, struktur dan pihak berkuasa bagi melindungi para penduduk serta khidmat kepada mereka.
Dalam catatan di Facebook, Encik Lim Biow Chuan berkata rakyat Singapura meletakkan kepercayaan mereka kepada para Anggota Parlimen.
Oleh itu, katanya, sebarang salah laku bermakna pelanggaran kepada kepercayaan rakyat terhadap seluruh sistem politik negara ini.
Memandang ke hadapan, Encik Lim menggesa semua majlis bandaran supaya terus meneliti proses masing-masing supaya dapat memberi khidmat terbaik kepada para penduduk.

Sumber : CNA/MU/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.