Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3% pemilik flat HDB ada sekurang-kurangnya 1 hartanah privet: Desmond Lee

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Nov 2022 05:59PM Dikemas Kini : 07 Nov 2022 09:16PM
SINGAPURA: Syarat yang memerlukan pemilik flat HDB untuk menjual rumah mereka jika membeli hartanah privet sedang dikaji.

Menteri Pembangunan Negara, Desmond Lee berkata ia antara idea yang diusulkan di bawah inisiatif Melakar Hala Tuju SG.

Buat masa ini, pemilik flat HDB boleh membeli rumah privet jika mereka sudah memiliki flat mereka buat sekurang-kurangnya lima tahun.

HDB menyatakan sekitar tiga peratus pemilik flat memiliki sekurang-kurangnya satu hartanah privet.

Sekitar 45 peratus pemilik flat pula tidak tinggal di unit mereka kerana menyewakan flat tersebut.

Kementerian Pembangunan Negara (MND) menyatakan dalam tempoh tiga tahun lalu, trend tersebut kekal stabil.

Anggota Parlimen pembangkang, Gerald Giam, bagaimanapun berkata lebih banyak boleh dilakukan untuk memastikan ada bekalan flat bagi rakyat Singapura.

Ini supaya harga perumahan awam lebih dalam kemampuan golongan yang berpendapatan sederhana atau rendah.

Encik Lee berkata Pemerintah akan terus memantau situasi tersebut.

"Kami sedar akan keadaan makroekonomi masa depan, kadar faedah meningkat, ketidaktentuan iklim ekonomi sejagat dan orang ramai akan lebih berhati-hati dalam pembelian rumah mereka," kata Encik Lee.

"Jadi itu semua akan ada kesan dan kami akan memantau pasaran dengan teliti. Kami akan bertindak dengan tegas tetapi berhati-hati untuk memastikan pasaran hartanah kekal selaras dengan asas-asas ekonomi," tambah beliau.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan