Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 pelampung dengan alat penderia dipasang di perairan SG jelang 2025

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Oct 2022 08:01PM Dikemas Kini : 22 Oct 2022 10:56PM

SINGAPURA: Sebuah rangkaian alat penderia akan dipasang di pantai Singapura menjelang tahun 2025 untuk memantau keadaan air laut dan mengumpul data bagi kajian berhubung perubahan iklim.

Projek Rangkaian Penderiaan Alam Sekitar Marin bernilai $9 juta itu adalah yang pertama seumpamanya dilancarkan di Singapura.

Ia akan melibatkan para pengkaji daripada pelbagai institusi.

Sejak 20 tahun lalu, kajian tentang kekayaan biodiversiti di perairan dekat Pulau Sekijang Bendera, membolehkan para pengkaji lebih memahami tentang ekosistem tropika.

Kini, mereka berhasrat mengorak satu lagi langkah ke hadapan, iaitu melaksanakan projek lima tahun untuk memasang tiga pelampung dengan alat penderia di sekitar perairan Singapura.

Maklumat yang dikumpulkan daripada alat penderia ini kemudian akan dimuat naik ke sebuah portal awam.

Portal itu memberi akses kepada pengkaji dari merata dunia untuk menilai data mengenai mutu air laut Singapura.

Maklumat sedemikian dapat membantu dalam usaha menangani isu-isu seperti kehilangan hidupan laut.

Pelampung pertama projek itu akan ditempatkan di Pulau Sekijang Bendera menjelang akhir tahun ini.

Lagi dua pelampung akan dipasang berdekatan Rumah Api Raffles dan kawasan Chek Jawa di Pulau Ubin menjelang tahun 2025.

Makmal Marin Nasional Pulau Sekijang Bendera berharap projek seperti ini dapat mengukuhkan kedudukan Singapura sebagai penghubung serantau bagi kajian dan pendidikan sains marin.

Makmal itu mengadakan rumah terbukanya hari ini (22 Okt) untuk meraikan 20 tahun kajian sains marin.

Antara tetamu di majlis tersebut termasuk Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Yayasan Penyelidikan Nasional.

Sumber : CNA/IA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan