Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 pasangan timang bayi Tahun Baru 2022

Tiga bayi Tahun Baru dilahirkan di negara ini tepat tengah malam tadi (1 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
3 pasangan timang bayi Tahun Baru 2022

(Gambar: Facebook/Parkway East Hospital)

SINGAPURA: Tiga bayi Tahun Baru dilahirkan di negara ini tepat tengah malam tadi (1 Jan).

Seorang daripada mereka, Daniya Iman yang dilahirkan di Hospital Parkway East.

Seberat 3.2 kilogram, Daniya adalah anak sulung pasangan Syahir Reduan dan Norfatinah Djanamar.

Encik Syahir berkata mengikut jadualnya Daniya sepatutnya lahir pada 27 Disember lalu.

Daniya layak mendapat Geran Sokongan Bonus Bayi sebanyak S$3,000.

Geran itu diberi kepada bayi-bayi yang dilahirkan antara 1 Oktober 2020 hingga 30 September ini.

Ia bertujuan menggalakkan rakyat Singapura terus membina keluarga sendiri dalam masa-masa sukar pandemik sekarang.

Cik Jolene Ho dan suaminya Alexander Leong juga menyambut kelahiran anak sulung mereka di Hospital Besar Singapura (SGH).

Aiden Leong dilahirkan pada 3.25 pagi, tiga minggu lebih cepat daripada tarikh yang ditetapkan.

Sumber : CNA/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan