3 parti pembangkang suarakan keyakinan untuk bertanding GE2025
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tiga parti pembangkang menyuarakan keyakinan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum 2025, menyusuli pembubaran parlimen dan pengumuman tarikh Pilihan Raya Umum 2025 pada Selasa (15 Apr).
Dalam catatan media sosialnya, Parti Pekerja (WP) berkongsi slogan-slogan dengan kata-kata seperti #StepUp dan Berkhidmat Untuk Singapura.
Dalam catatan Instagramnya, WP menyatakan walaupun slogannya sudah berubah sepanjang tahun-tahun lalu, partinya tetap komited untuk mewakili penduduk yang rencam di Singapura sementara berusaha ke arah sebuah Parlimen Bertaraf Dunia Pertama.
Parti Kemajuan Singapura (PSP) pula memuat naik sebuah video yang memaparkan sumbangan yang dilakukan oleh para anggota partinya di Parlimen sepanjang lima tahun lalu.
Ketua PSP Leong Mun Wai menambah parti itu berdiri teguh untuk mengekalkan rekod prestasinya dan bersedia mendampingi para pengundi.
Ia menonjolkan bahawa sepanjang lima tahun lalu, dua NMPnya antara lain sudah memfailkan 700 soalan parlimen.
Sementara itu, Parti Demokratik Singapura (SDP) menyatakan tempoh antara laporan EBRC dikeluarkan dengan pembubaran Parlimen adalah singkat.
Ia menggelarkan langkah itu sebagai "taktik pecah dan rampas" oleh parti pemerintah PAP.
SDP menuduh pembubaran parlimen sebagai kelihatan tergesa-gesa.

Sumber : CNA/FZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.