Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 orang dikejarkan ke hospital susuli kemalangan di tempat letak kereta HDB Yishun

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang remaja perempuan, 15 tahun, antara tiga orang yang dikejarkan ke hospital pada Selasa (2 Nov) menyusuli kemalangan di tempat letak kereta Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Yishun. 

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia dimaklumkan mengenai insiden di tempat letak kereta Blok 259 Yishun Street 2 sekitar pukul 2.45 petang. 

Kemalangan itu melibatkan dua kereta, satu motosikal dan dua pejalan kaki wanita yang berusia 15 dan 64 tahun, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF). 

SPF menambah, kedua-dua pejalan kaki, serta pemandu wanita berusia 31 tahun, berada dalam keadaan sedarkan diri apabila dibawa ke hospital. 

Rakaman video insiden yang tular online menunjukkan remaja perempuan itu terlentang di lantai sebelah sebuah Mazda berwarna kelabu, yang ternaik bebendul jalan. 

Teriakan kedengaran sedang seorang wanita yang mengangkat bayi, menangis teresak-esak berdekatan kereta itu. Seorang wanita yang mukanya berdarah dilihat duduk sebelahnya. 

Polis menyatakan siasatan dijalankan. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan