Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 orang dibawa ke hospital susuli nahas 9 kenderaan berat di AYE

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Tiga orang dibawa ke hospital pada pagi Khamis (7 Jul) selepas sembilan kenderaan berat berlanggar dengan satu sama lain di Ekpreswe Ayer Rajah (AYE) menghala ke Tuas sebelum susur keluar Jurong Port.  

Menjawab pertanyaan Mediacorp, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan polis menyatakan pihaknya  dimaklumkan mengenai kemalangan trafik tersebut pada sekitar 9.25 pagi. 

Pegawai SCDF menemui seorang pemandu lori, 62 tahun, terperangkap di tempat duduknya dan menyelamatkan lelaki itu menggunakan alat bantuan hidraulik. 

Kemalangan itu melibatkan dua bas, tiga lori dan empat treler, kata polis. 

Pemandu lori itu dan dua penumpang bas yang berusia 30 dan 48 tahun masih sedarkan diri ketika dibawa ke hospital. 

Namun, tidak jelas setakat mana mereka cedera. 

Dua lagi orang enggan dibawa ke hospital, dan dirawat kerana cedera ringan, menurut SCDF. 

Siasatan polis masih dijalankan. 

Sumber : Today/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan