3 orang dibawa ke hospital susuli kemalangan di Bukit Panjang; van terjunam ke dalam longkang besar
Anggaran Waktu Membaca:

Kemalangan antara van dan bas di Bukit Panjang pada 19 Ogos, 2025. (Gambar: Husbi)
SINGAPURA: Tiga orang, termasuk seorang remaja berusia 14 tahun, dibawa ke hospital selepas sebuah van terjunam ke dalam longkang besar di Bukit Panjang pada Selasa (19 Ogos).
Menjawab pertanyaan Mediacorp, polis menyatakan pihaknya dimaklumkan pada kira-kira pukul 1.10 tengah hari mengenai satu kemalangan melibatkan sebuah bas mini dan sebuah bas.
"Seorang pemandu bas mini lelaki berusia 68 tahun dan dua penumpang wanitanya, berusia 14 dan 53 tahun, dibawa dalam keadaan sedar ke hospital," menurut polis.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan kemalangan itu berlaku berhampiran persimpangan antara Bukit Panjang Road dengan Bukit Panjang Ring Road.
"Apabila SCDF tiba di tempat kejadian, sebuah van kelihatan berada di dalam longkang besar," menurut SCDF menjawab pertanyaan Mediacorp.

Pasukan penyelamat menggunakan tangga untuk memasuki longkang itu dan membawa keluar tiga orang dengan selamat, menurut SCDF.
Dua daripada mangsa dibawa ke Hospital Tan Tock Seng, manakala mangsa yang ketiga dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK.
Siasatan polis sedang dijalankan.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.