Skip to main content

Singapura

3 maut selepas bot bekalan karam dekat Terminal Pasir Panjang

Tiga orang dari sebuah bot bekalan maut selepas bot itu bertembung dengan sebuah kapal pendarat dan karam di perairan dekat Terminal Pasir Panjang pada Jumaat (12 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 12 Jun 2026 08:32PM Dikemas Kini : 14 Jul 2026 08:38PM
SINGAPURA: Tiga orang dari sebuah bot bekalan maut selepas bot itu bertembung dengan sebuah kapal pendarat dan karam di perairan dekat Terminal Pasir Panjang pada Jumaat (12 Jun).

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi, menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA).

Ia menambah bahawa Polis Pengawal Pantai (PCG) menemui tiga mayat, dipercayai anak kapal bot bekalan yang karam itu.

“Bot pendarat stabil tanpa sebarang kecederaan yang dilaporkan mengenai anak kapal di atas kapal tersebut,” kata MPA.

“Operasi mencari dan menyelamat, termasuk operasi menyelam, sedang dijalankan untuk menentukan sama ada terdapat anak kapal lain dari bot bekalan yang hilang.”

Operasi pelabuhan tidak terjejas. Nasihat navigasi telah dikeluarkan bagi memaklumkan kapal-kapal untuk menjauhi kawasan kejadian, tambah MPA.

Siasatan terhadap kejadian itu sedang dijalankan.
Sumber : CNA/AY/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita