Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 mangsa nahas di New Zealand merupakan mahasiswa NUS, universiti 'berdukacita'

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Tiga mangsa kemalangan di South Island, New Zealand pada 17 April merupakan mahasiswa Universiti Nasional Singapura (NUS), menurut universiti tersebut. 

Menjawab pertanyaan Mediacorp pada Selasa (9 Mei), NUS mengatakan, ia "amat berdukacita mendengar tentang insiden yang malang itu". 

"Ini merupakan waktu yang sukar buat keluarga mereka dan kami berhubungan dengan mereka untuk menyediakan segala bantuan dan sokongan yang mungkin diperlukan." 

"Fikiran kami bersama keluarga dan orang tersayang mangsa pada tempoh ini." 

NUS bagaimanapun enggan mendedahkan sama ada sebab pelajar-pelajar itu berada di New Zealand atau sama ada mereka sedang menjalani program pertukaran. 

Tiga pelajar itu - yang dikenal pasti sebagai Sherwin Chong Shi Yun, 21 tahun; Xinyue Yang, 21 tahun dan Jia Jun Vincent Lim, 24 tahun - meninggal dunia akibat kemalangan pada awal pagi 17 April apabila campervan yang dinaiki mereka melanggar penghadang jalan lalu terbakar, menurut polis New Zealand. 

Kemalangan itu berlaku di persimpangan lebuhraya State Highway 79 dan Te Moana Road berdekatan bandar Geraldine, sekitar 140 kilometer di barat daya Christchurch. 

"Siasatan berhubung kemalangan itu sedang dijalankan." 

Sumber : Today/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan