Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 lelaki ditahan pandu berbahaya, elak sekatan jalan raya di Nicoll Highway

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Tiga lelaki berusia antara 38 dengan 44 tahun, ditahan kerana mengelak sekatan jalan raya dan memandu secara berbahaya, menurut polis dalam satu kenyataan media pada Jumaat (26 Ogos). 

Kejadian itu berlaku pada Isnin (22 Ogos) pukul 3.25 pagi. Polis menyatakan pihaknya  menjalankan sekatan jalan raya di Nicoll Highway menghala ke Mountbatten Road apabila tiga kenderaan membuat pusingan tiga penjuru dan memandu melawan arus trafik. 

"Para pegawai segera mengejar mereka dan berjaya memintas salah satu kenderaan berkenaan di Syed Alwi Road," kata polis.

Seorang pemandu lelaki berusia 44 tahun ditahan kerana memandu secara berbahaya dan mengelak sekatan jalan raya. 

"Menerusi siasatan dan bantuan gambar daripada kamera polis serta televisyen litar tertutup (CCTV), pegawai Divisyen Polis Pusat dan polis trafik mengenal pasti identiti lagi dua pemandu tersebut," menurut polis. 

Dua lelaki tersebut, masing-masing berusia 38 dan 44 tahun, ditangkap pada Isnin (22 Ogos) dan Selasa (23 Ogos). 

Ketiga-tiga kenderaan dirampas kata SPF, sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan. 

Sesiapa yang didapati bersalah mengelak sekatan jalan raya boleh didenda sehingga S$10,000, penjara sehingga tujuh tahun, atau kedua-duanya. 

Kesalahan memandu secara berbahaya membawa hukuman penjara sehingga 12 bulan, atau denda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya sekali. 

Sekatan jalan raya dijalankan untuk mencegah dan mengesan jenayah, tegas polis. 

Orang ramai dinasihatkan bekerjasama dengan pegawai polis apabila dihampiri ketika sekatan jalan raya, tambah SPF.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan