Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 lelaki ditahan, 7kg dadah bernilai lebih S$760,000 dirampas dalam operasi CNB

Anggaran Waktu Membaca:
3 lelaki ditahan, 7kg dadah bernilai lebih  S$760,000 dirampas dalam operasi CNB

Sebahagian daripada dadah yang ditemui di rumah suspek di Anchorvale Road dalam serbuan CNB pada 29 Jan 2022. (Gambar: CNB)

Diterbitkan : 30 Jan 2022 08:57PM Dikemas Kini : 30 Jan 2022 08:58PM

SINGAPURA: Tiga lelaki Singapura ditangkap dalam serbuan Biro Narkotik Pusat (CNB) selama dua hari.

Hampir 7 kilogram dadah bernilai S$768,000 dirampas terdiri daripada 3,862gram 'Ice', 1,873 gram ganja, 1,083 gram pil ecstasy, 35 pil Erimin-5 dan 452 lembar LSD (lysergic acid diethylamide), menurut CNB pada Ahad (30 Jan).

Jumlah dadah 'Ice' yang dirampas boleh memenuhi ketagihan sekitar 2,210 penyalah guna dadah bagi tempoh seminggu, tambahnya.

Suspek pertama ditangkap pada Jumaat(28 Jan) apabila pegawai menyerbu sebuah bilik hotel di Lavender Street.

Lelaki 48 tahun itu kemudian dibawa ke sebuah bangunan industri di Hougang Avenue 3, yang disyaki tempat penyimpanan dadah di mana 1,014 gram Ice dan 844 gram pil ecstasy ditemui di dalam sebuah loker simpanan di sana, menurut CNB.

Dua lagi suspek, berumur 38 dan 58 tahun, diberkas di bangunan yang sama dalam operasi susulan pada malam itu.

Lelaki yang berusia 38 tahun dibawa ke rumahnya di Smith Street pada malam yang sama. Dua paket mengandungi 20 gram ganja dan peralatan dadah ditemui di rumah tersebut.

Lelaki, 58 tahun pula dibawa ke rumahnya di Anchorvale Road di mana pegawai CNB merampas 2,848 gram dadah Ice, 1,853 gram ganja, 239 gram pil ecstasy, 35 pil Erimin-5, 452 lembar LSD dan peralatan dadah.

Penolong Pesuruhjaya Leon Chan, yang juga timbalan pengarah CNB bahagian Operasi, berkata: “Pengeluar dadah di rantau ini sedang menghasilkan lebih banyak dadah.

“Mereka yang berniat mengimport dan mengedar dadah haram di Singapura serta membawa kemudaratan kepada masyarakat kita akan ditangani dengan tegas mengikut undang-undang.”

Siasatan ke atas aktiviti dadah kesemua suspek masih dijalankan.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan