3 lelaki dijel, didenda S$34 juta setiap seorang berhubung rokok haram
Tiga pesalah berulang didenda S$34 juta setiap seorang selepas didapati bersalah terbabit dengan rokok-rokok yang tidak dibayar cukai, menurut Kastam Singapura pada Khamis (31 Okt).
SINGAPURA: Tiga pesalah berulang didenda S$34 juta setiap seorang selepas didapati bersalah terbabit dengan rokok-rokok yang tidak dibayar cukai, menurut Kastam Singapura pada Khamis (31 Okt).
Mohammad Khair Jonid, Noor Hazlan Selamat dan Rahmad Mohd Yasin juga dijatuhi hukuman penjara antara 42 hingga 45 bulan.
Mereka juga perlu menjalani hukuman penjara tambahan selama 28 bulan jika tidak berupaya membayar denda tersebut.
Lagi seorang lelaki, Kamaruddin Abdul Latiff, dijatuhi hukuman penjara selama 33 bulan dan didenda S$8 juta.
Kamaruddin perlu menjalani hukuman penjara tambahan selama 21 bulan sekiranya denda itu tidak dibayar.
Dia juga dijatuhi hukuman penjara yang ditambah lagi 105 hari kerana melanggar syarat-syarat asas di bawah perintah peringanan hukuman.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kastam Singapura, kesemua empat lelaki boleh dikenakan hukuman tambahan di bawah Akta Kastam kerana mereka sebelum ini pernah didakwa atas kesalahan-kesalahan membabitkan rokok yang tidak dibayar cukai.
10,800 KARTON ROKOK HARAM DITEMUI
Pada 23 Mac 2018, para pegawai Kastam Singapura menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kontena berukuran 20 kaki yang diletakkan di luar sebuah bangunan perindustrian di Sunview Road.

Para pegawai menjumpai sebanyak 10,800 karton rokok di dalam kontena tersebut.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.