Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 lelaki didakwa perdaya pihak berkuasa alat had laju dipasang pada bas berfungsi dengan baik

Anggaran Waktu Membaca:
3 lelaki didakwa perdaya pihak berkuasa alat had laju dipasang pada bas berfungsi dengan baik

(Gambar fail: Jeremy Long/CNA)

SINGAPURA: Tiga lelaki didakwa pada Isnin (12 Dis) kerana memperdaya pihak berkuasa bahawa alat had kelajuan yang dipasang pada bas berfungsi dengan baik.

Teoh Sio Meng, 50 tahun, menghadapi 12 tuduhan menipu, manakala Sundram Retnam, 50 tahun, dan Tee Wei Chye, 44, masing-masing berdepan tiga dan empat tuduhan menipu.

Ketika berlaku  kesalahan itu, Teoh ialah pengarah T & L Transit, manakala Sundram ialah pemilik tunggal perkhidmatan pengangkutan SV Bus Transportation Services dan Tee  seorang mekanik di Leng Chong Engineering.

Antara Jun 2017 dengan Januari 2018, tiga lelaki itu didakwa bersubahat untuk memperdaya seorang pemeriksa kenderaan dari Vicom - sebuah firma pemeriksaan kenderaan - supaya percaya bahawa alat  kelajuan yang dipasang pada bas berfungsi dengan baik.

Ketiga-tiga lelaki itu tahu ia tidak benar, dengan itu "sengaja mendorong" pemeriksa kenderaan supaya meluluskan Ujian Had Laju Polis bagi bas berkenaan, kata Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).

Ketiga-tiga lelaki itu juga didakwa memperdaya Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Antara Julai 2015 hingga Januari 2018, Teoh dan Sundram didakwa menipu LTA untuk mempercayai bahawa terdapat alat had laju yang berfungsi dengan baik dipasang pada pelbagai bas sedangkan itu tidak benar, kata CPIB.

LTA membenarkan lesen dan cukai jalan untuk bas tersebut diperbaharui hasil daripada tindakan Teoh dan Sundram, kata CPIB. Teoh didakwa menipu LTA sebanyak lapan kali, manakala Sundram didakwa menipu LTA sebanyak sekali.

Teoh juga dituduh menghasut seorang lelaki sebanyak dua kali pada Jun 2017 untuk memperdaya LTA supaya mempercayai terdapat alat had laju yang berfungsi dipasang pada dua bas sedangkan tiada. Ini bermakna bas tersebut dibenarkan untuk digunakan di Singapura.

Pada atau sekitar 17 Apr 2018, Tee didakwa telah membuat LTA percaya bahawa tingkap penghadang  dipasang pada bas mini bagi tujuan mematuhi undang-undang apabila dia berhasrat untuk mengeluarkannya selepas menjalani pemeriksaan.

“Pada hari yang sama, Tee juga didakwa memperdaya LTA untuk mempercayai bahawa sebuah lagi bas tidak mengeluarkan asap melebihi 40HSU (yang akan mematuhi undang-undang) apabila Tee berhasrat untuk mengubah nisbah udara-ke-bahan api dalam pam bahan api bas selepas pemeriksaan,” kata CPIB.

Sundram dan Tee juga didakwa atas kesalahan lalu lintas, dengan Sundram menghadapi dua tuduhan dan Tee, satu tuduhan.

Tee dituduh mengubah alat had laju dalam bas pada atau sebelum Jun 2017, membolehkan bas itu melebihi kelajuan 60 kilometer sejam.

Sesiapa yang disabitkan kesalahan menipu boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

Jika disabitkan dengan kesalahan lalu lintas, Tee dan Sundram boleh dipenjara sehingga tiga bulan atau didenda sehingga S$1,000, jika ia adalah kesalahan pertama mereka.

Sumber : CNA/SU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan