Skip to main content

Singapura

3 lelaki didakwa bersubahat tipu mangsa S$20,000

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Tiga lelaki berusia antara 35 dengan 42 tahun akan didakwa di mahkamah pada Jumaat (25 Mac) kerana bersubahat menipu seorang mangsa dengan wang sebanyak S$20,000.

Mangsa membuat laporan polis pada Selasa (22 Mac) dengan berkata bahawa wang tunai miliknya berjumlah S$20,000 "dirampas" oleh seorang lelaki "semasa satu urus niaga", menurut polis dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Khamis malam (24 Mac).

Urus niaga tersebut dilakukan di sebuah tempat letak kereta awam di Yishun Avenue 5 dan melibatkan pertukaran mata wang asing ke mata wang Singapura. Polis tidak mendedahkan mata wang asing yang terlibat.

Lelaki itu dan dua rakan subahatnya masing-masing ditahan polis pada Rabu (23 Mac) dan Khamis (24 Mac).

"Siasatan awal menunjukkan bahawa tiga lelaki tersebut dikatakan merancang untuk memperdaya mangsa supaya memindahkan mata wang asing kepada mereka dengan menunjukkan wang tunai dalam mata wang Singapura kepada mangsa, namun mereka tidak ada niat untuk memberikan wang tersebut kepada mangsa, " menurut polis.

Jika didapati bersalah bersubahat untuk menipu mangsa, ketiga-tiga lelaki itu boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan didenda.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita