Skip to main content

Singapura

3 lelaki diberkas susuli serbuan sarang judi di Ang Mo Kio

Tiga lelaki sedang disiasat kerana disyaki terlibat dalam kegiatan-kegiatan perjudian online, menurut polis pada Rabu (4 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
3 lelaki diberkas susuli serbuan sarang judi di Ang Mo Kio

Wang tunai bernilai S$2,000 dan 10 komputer antara yang dirampas dalam serbuan di Ang Mo Kio. (Gambar-Gambar: Pasukan Polis Singapura)

Diterbitkan : 05 Sep 2019 08:12AM Dikemas Kini : 05 Sep 2019 08:15AM

SINGAPURA: Tiga lelaki sedang disiasat kerana disyaki terlibat dalam kegiatan-kegiatan perjudian online, menurut polis pada Rabu (4 Sep).

Ketiga-tiga lelaki itu, yang berusia antara 47 hingga 67 tahun, berada di dalam sebuah unit di bangunan perindustrian yang terletak di Ang Mo Kio Avenue 5 apabila ia diserbu oleh polis pada Selasa (2 Sep).

Pihak berkuasa merampas wang tunai bernilai S$2,000 serta 10 komputer, dua komputer riba dan sebuah telefon bimbit dari sarang perjudian itu.

Related article image

Menurut polis, pihaknya juga menjumpai perkakas perjudian dan dokumen-dokumen yang mengandungi rekod urus niaga.

Siasatan sedang dijalankan, menurut polis.

Sesiapa yang didapati bersalah kerana menawarkan khidmat perjudian online secara haram boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga lima tahun dan didenda sehingga S$200,000.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita