3 lelaki diberkas rancang rompakan bersenjata Kopitiam Rivervale Plaza
Tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam satu rompakan bersenjata di pusat makanan Kopitiam di Sengkang sudah diberkas, menurut polis pada Jumaat (8 Mac).
Petikan gambar Google Maps.
SINGAPURA: Tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam satu rompakan bersenjata di pusat makanan Kopitiam di Sengkang sudah diberkas, menurut polis pada Jumaat (8 Mac).
Menurut Pasukan Polis Singapura (SPF), pihaknya dimaklumkan mengenai rompakan itu Ahad lalu pada jam 11.50 pagi oleh seorang perkerja di pusat makanan itu di Rivervale Plaza.
Pekerja berusia 49 tahun itu melaporkan bahawa seorang lelaki yang tidak dikenali bersenjatakan sebilah pisau, memasuki pejabat cawangan Kopitiam itu dan menuntut wang.
Perompak itu berjaya melarikan sebanyak S$20,000.
Para pegawai polis mengenal pasti suspek rompakan berusia 48 tahun itu dan memberkasnya pada Khamis (7 Mac).
Bagaimanapun, siasatan susulan mendapati ada beberapa perkara yang tidak konsisten dalam kenyataan pekerja tersebut mengenai insiden itu, menurut polis.
"Berdasarkan siasatan awal, kakitangan pusat makanan itu diipercayai merancang rompakan bersenjata itu dan meminta bantuan seorang lelaki 48 tahun menerusi cadangan seorang kenalan berusia 51 tahun," menurut SPF.
Pekerja Kopitiam dan kenalannya sudah diberkas. Siasatan terhadap mereka masih lagi dijalankan.
Perompak yang disyaki itu akan didakwa di mahkamah pada Jumaat atas rompakan bersenjata. Sekiranya didapati bersalah, dia boleh dijatuhi hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun, dan disebat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.