3 ladang makanan laut tempatan bekalkan udang, ikan hidup ke pasar raya SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dalam perkembangan baharu seumpamanya, para pengunjung ke pasar raya tertentu kini boleh membeli udang dan ikan hidup yang diternak secara tempatan.
Udang atau ikan hidup dalam tangki air, bukan sahaja lebih segar, tetapi juga meninggalkan jejak karbon lebih kecil berbanding yang diimport.
Inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada usaha lebih luas Singapura untuk menghasilkan 30 peratus keperluan makanannya sendiri menjelang 2030.
Menerusi kaedah rumah bertingkat sebagai contoh, ternakan udang melonjak empat kali ganda - dari 200 kepada 800 ekor udang setiap meter persegi.
Namun, ia masih belum mampu dibekalkan secara konsisten kepada pihak restoran, sehinggalah pelibatan SAFEF.
Menerusi sokongan dari pelbagai sudut yang dihulurkan SAFEF bersama dua ladang serupa, mereka kini membekalkan udang hidup kepada 38 pasar raya Giant dan Cold Storage.
Keseluruhan hasil ternakan adalah 2 tan sebulan dan berupaya mencapai sehingga 10 kali ganda dalam tempoh beberapa bulan mendatang.
"Misi terpenting kami sentiasa untuk membantu ladang ternakan berkembang dalam bidang-bidang utama.
"Pertama, terus bantu mereka tingkatkan daya penghasilan - terus berkembang pada kos lebih rendah. Kedua, bantu mereka raih keuntungan lebih tinggi," kata CEO Persekutuan Perusahaan Agro-Makanan SG, Ken Cheng.
Ikan-ikan hidup yang dihasilkan ladang tempatan seperti kerapu, tilapia laut dan siakap juga tersedia.
Bagi meraikan pencapaian tersebut, sebuah majlis pelancaran turut dianjurkan di pasar raya Giant Tampines.
Datuk bandar CDC Timur Laut Baey Yam Keng berkata: "Pengguna boleh memakan produk laut ini dengan rasa tenang kerana ia terus dari ladang ke pasar raya, jadi lebih segar.
"Juga boleh tahan lebih lama, selain jarak pengangkutan yang lebih pendek untuk tiba di kedai."

Sumber : CNA/IQ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.