Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 kumpulan kerja dibentuk bagi penubuhan Wakaf Masyarakat Singapura

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Tiga kumpulan kerja sudah ditubuhkan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) tahun ini untuk menjayakan gagasan Wakaf Masyarakat Singapura (WMS).

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli berkongsi perkembangan itu di Parlimen hari ini (10 Mac) sebagai menjawab pertanyaan Anggota Parlimen Zhulkarnain Abdul Rahim dan Dr Shahira Abdullah yang meminta kemas kini tentang penubuhan WMS.

"MUIS telah membentuk kumpulan-kumpulan kerja, yang terdiri daripada pegawai MUIS dan pakar-pakar industri, untuk melaksanakan pelan tindakan terperinci bagi Wakaf Masyarakat Singapura. Ia akan mengambil kira saranan daripada Laporan Panel Penasihat yang dikemukakan tahun lalu," kata Encik Masagos.



Perkembangan yang diberikan ini sekali gus menandakan masyarakat Islam Singapura setapak lebih dekat daripada mempunyai sebuah dana wakaf baru.

WMS pertama kali diumumkan Encik Masagos pada 2020. Model pendanaan baru itu bertujuan membiayai keperluan jangka panjang sektor keagamaan dan menggalak budaya wakaf dalam kalangan masyarakat kita.

TUMPUAN KUMPULAN KERJA YANG DITUBUHKAN

Menurut Encik Masagos, tiga kumpulan kerja yang ditubuhkan bakal memikirkan tentang model terbaik bagi WMS.

Ia juga dijangka melakar dan melaksanakan pelan tindak bagi WMS seperti untuk membina ekosistem inklusif yang menggalak penyertaan masyarakat.



"(Mereka akan) melibatkan institusi masyarakat seperti wakaf dan masjid-masjid untuk menghimpunkan aset-aset, dan melaburkan rizab yang ada untuk mengembangkan dana korpus; dan menggalak penyertaan masyarakat dengan meningkatkan kesedaran mengenai wakaf, khususnya berkenaan perancangan harta dan pusaka," terang Encik Masagos lagi.

Pakar-pakar yang menganggotai kumpulan kerja itu pula adalah mereka yang berkecimpung dalam bidang perundangan, pelaburan, hartanah, masyarakat dan sektor keagamaan.

Difahamkan WMS akan menyatukan aset-aset dari pelbagai institusi wakaf, masjid-masjid dan sumbangan dari masyarakat (seperti flat HDB), lantas meningkatkan nilai aset masyarakat serta memaksimumkan pendapatan.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan