3 kedai telefon bimbit diserbu, 10 orang disiasat kerana daftar kad SIM palsu
Anggaran Waktu Membaca:

Barangan yang dirampas semasa serbuan dilakukan di tiga kedai telefon bimbit pada 5 Mar, 2025. (Gambar: SPF)
SINGAPURA: Tiga kedai telefon bimbit diserbu polis secara serentak sebagai sebahagian daripada tindakan membanteras kegiatan penipuan pendaftaran kad SIM.
Dua lelaki, berusia 30 tahun dan 58 tahun, ditangkap kerana disyaki terlibat dalam pendaftaran kad SIM prabayar palsu, menurut polis pada Khamis (20 Mac).
Tujuh lagi lelaki dan seorang wanita berusia antara 27 tahun dengan 50 tahun, juga sedang membantu siasatan.
Polis juga menyita sejumlah telefon bimbit, dokumen pendaftaran telefon bimbit serta kad-kad SIM.
Serbuan dilakukan pada 5 Mac di dua kedai di Serangoon iaitu ARS Digital World dan Univercell Mobiles Technology.
Sebuah lagi kedai yang diserbu ialah Icares Mobile Services di Woodlands.
Menurut polis, operasi tersebut menyasarkan peruncit telefon bimbit yang melanggar peraturan dan pekerja mereka yang disyaki terlibat dalam pendaftaran kad SIM prabayar palsu.
"Siasatan awal mendapati mereka telah menggunakan maklumat daripada pelanggan yang sah untuk mendaftarkan dahulu kad SIM prabayar yang lain."
10 orang berkenaan sedang disiasat kerana mendapatkan maklumat peribadi secara haram, mengubahsuai bahan komputer tanpa kebenaran dan mengaturkan pendaftaran kad SIM palsu yang memudahkan aktiviti jenayah.
Setiap kesalahan tersebut boleh dikenakan hukuman denda sehingga S$10,000, penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.