Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 kedai jual kepingan daging dijemur depan kompresor hawa dingin

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) mendapati tiga kedai yang menjual kepingan daging yang dikeringkan di hadapan kompresor penghawa dingin dan sepanjang koridor, menurut satu catatan Facebook oleh agensi tesrebut pada Jumaat (14 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
3 kedai jual kepingan daging dijemur depan kompresor hawa dingin

Blok 1 Beach Road (Gambar: Petikan Google Maps)

Diterbitkan : 14 Dec 2018 07:09PM Dikemas Kini : 14 Dec 2018 07:12PM

SINGAPURA: Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) mendapati tiga kedai yang menjual kepingan daging yang dikeringkan di hadapan kompresor penghawa dingin dan sepanjang koridor, menurut satu catatan Facebook oleh agensi tesrebut pada Jumaat (14 Dis).

NEA menyatakan pihaknya sedang menyiasat maklum balas yang mengatakan daging sedang dikeringkan di depan kompresor hawa dingin di Blok 1 Beach Road dan sepanjang koridor Blok 6 Beach Road, sebelum dijual di kedai-kedai berhampiran.

"Kami menemui tiga kedai yang menjual kotak-kotak daging berkenaan dan langkah penguatkuasaan akan dikenakan ke atas kedai-kedai itu kerana menjual makanan yang tidak disiapkan di premis berlesen," kata NEA.

Ia adalah satu kesalahan utnuk menyiapkan makanan di premis makanan tanpa lesen, menurut agensi itu, yang turut menambah bahawa pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang kebersihan makanan.

Agensi itu juga memberi amaran kepada masyarakat agar tidak membeli makanan yang "disiapkan dalam keadaan kurang bersih".

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan