Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 kategori baru diperkenalkan bagi Anugerah Dana Masyarakat

Tiga kategori baru diperkenalkan pada tahun ini bagi Anugerah Dana Masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Oct 2018 11:19PM Dikemas Kini : 10 Oct 2018 12:24AM

SINGAPURA: Tiga kategori baru diperkenalkan pada tahun ini bagi Anugerah Dana Masyarakat.

Ia bagi memberi pengiktirafan kepada individu dan pertubuhan yang sudah mengambil langkah ke hadapan dalam mendakap perkongsian dan penjagaan yang menyeluruh.

$57 JUTA BERJAYA DIKUMPULKAN

Dalam majlis yang diadakan di Istana malam ini (9 Okt) 246 anugerah diberikan kepada penderma yang sudah berjaya membantu mengumpul dana bagi Dana Masyarakat sebanyak $57 juta pada tahun lalu.

39 anugerah disampaikan oleh Presiden Halimah Yacob dan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, yang juga Penaung NCSS, Encik Desmond Lee.

DARI PESERTA KEPADA RELAWAN

Salah seorang daripada mereka yang turut menjayakan acara Com Chest itu ialah Cik Sarinah Said.

Beliau yang menjadi hos bersama bagi acara tersebut merupakan relawan aktif yang giat menyumbang bakti dalam mengumpulkan dana bagi mereka yang menghadapi gangguan mental.

Namun sebenarnya, lima tahun lalu Cik Sarina sendiri merupakan salah seorang peserta organisasi tersebut yang menjalani sesi kaunseling selepas dirujuk oleh Institut Kesihantan Mental (IMH).

Kini, Cik Sarina mengajar kelas mengait kepada para peserta Club HEAL dan menjual hasil kraftangan mereka di gerai-gerai bergerak sebagai sebahagian daripada usaha mengumpul dana bagi organisasi itu.

"Club Heal banyak membantu saya dengan cara memberi saya sokongan, dorongan moral dan banyak memberi semangat dalam bidang kraf tangan, bakat yang saya ada.

"Saya hanya dapat memberi mereka bantuan dari segi kebolehan dan kemahiran yang saya ada, seperti saya minat dalam kraf tangan. Itu saya rasa lebih lagi memberi semangat kepada mereka agar mereka menonjolkan minat mereka," kata ibu empat orang anak itu.

Salah seorang penerima bagi anugerah yang baru diperkenalkan itu termasuk SP group.
Pengiktirafan diberi di bawah skim sukarelawan teladan. 

Sumber : CNA/UR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan