Skip to main content

Singapura

3 kapal kargo pukal dirompak di Selat SG

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tiga kapal kargo pukal dirompak di Selat Singapura pada awal minggu ini.

Demikian menurut pusat keselamatan maritim serantau yang berpangkalan di Singapura pada Jumaat (11 Ogos).

Salah satu laluan perairan komersil paling sibuk di dunia itu telah menyaksikan lonjakan dalam kejadian melanun sejak beberapa tahun lalu.

Insiden "jenayah remeh" itu berlaku antara 8 dengan 9 Ogos, apabila kapal-kapal tersebut berada di Selat Phillip di Selat Singapura, dedah Pusat Gabungan Maklumat, yang merupakan sebuah prasarana serantau Angkatan Tentera Laut Singapura.

Salah satu kapal tersebut berdaftar di Cyprus, manakala dua lagi membawa bendera Liberia, menurut pusat itu dalam satu kenyataan.

Menurut pusat tersebut, kesemua kejadian rompakan berkemungkinan besar dijalankan oleh kumpulan pelaku yang sama berdasarkan dekatnya kejadian-kejadian itu berlaku, jarak masa, dan bilangan orang yang terlibat.
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita