Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 kanak-kanak terhidu asap dalam kebakaran flat di Redhill

Anggaran Waktu Membaca:
3 kanak-kanak terhidu asap dalam kebakaran flat di Redhill

(Gambar: Pasukan Pertahanan Awam)

SINGAPURA: Tiga kanak-kanak dibawa ke hospital selepas satu kebakaran melibatkan sebuah flat HDB di Redhill, pagi tadi (14 Ogos).

Menurut Pasukan Pertahanan Awam (SCDF), ia dimaklumkan tentang kebakaran di Blok 71 Redhill Road sekitar 7.20 pagi tadi.

Setibanya di tempat kejadian, para penduduk diberitahu oleh para ahli bomba, terdapat beberapa penghuni flat yang terperangkap di dalam sebuah unit di tingkat tujuh.

Mereka terpaksa memecahkan mangga pintu pagar besi unit terbabit.

Kebakaran dipercayai berpunca dari sudut ruang tamu dan berjaya dipadamkan dengan menggunakan beberapa baldi air, kata SCDF.

Sedang proses memadamkan api dijalankan, sebuah lagi pasukan SCDF memeriksa premis sebelum menemui tiga orang kanak-kanak di dalam tandas di bahagian belakang dapur. Mereka dibawa keluar dari unit terjejas dan diperiksa krew ambulans.

Ketiga-tiganya kemudian dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK kerana terhidu asap.

SCDF menambah, siasatan awal mendapati kebakaran tersebut kemungkinan berpunca dari api yang berasal dari bateri-bateri dua alat mobiliti peribadi (PMD) yang sedang dicas di ruang tamu.

Sebelum ketibaan SCDF, dua orang berjaya keluar dari unit terbabit menerusi tingkap bilik.

Mereka didapati terhidu asap tetapi enggan dibawa ke hospital.

Semasa proses memadamkan api, lima ekor kucing juga berjaya diselamatkan daripada unit flat yang sama.

Sekitar 25 orang dari unit-unit flat berdekatan juga dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Alat PMD atau basikal bermotor yang terbakar boleh dielakkan dengan tidak mengecas baterinya bagi tempoh berpanjangan atau semalaman, SCDF tekankan.

Orang ramai juga diingatkan supaya jangan membeli atau menggunakan bateri bukan asli.
Sumber : CNA/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan