3 kali dipenjara akibat dadah, Nabil tekad berubah dengan kejayaan akademik
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: 'Nabil' (bukan nama sebenar) sudah tiga kali meringkuk dalam penjara kerana kesalahan berkaitan dadah.
Dia mula terjebak dalam kancah dadah ketika berusia 14 tahun.
"Saya bercampur dengan rakan-rakan yang salah. Saya terjebak dalam dadah kerana curiga untuk mencuba (mengambil dadah). Daripada situlah kehidupan saya berubah," kongsi Nabil kepada BERITA Mediacorp.
Namun, sewaktu menjalani hukuman ketiganya, kesedaran untuk berubah mula timbul.
Dia ingin membebaskan diri daripada kitaran dadah yang membelenggu hidupnya.
"Sebelum ini, saya ditempatkan dalam sel penjara seorang diri. Waktu itu memberi saya peluang untuk merenung kembali keadaan kehidupan saya. Ia memberikan saya perspektif bahawa saya tidak mahu kembali ke penjara untuk kali keempat. Saya juga berfikir bahawa pendidikan adalah salah satu cara untuk mencapai masa depan yang lebih baik," kata beliau.
Hukuman ketiga yang dijalaninya selama tiga tahun lapan bulan menjadi titik perubahan dalam hidupnya.
Dengan azam baharu, Nabil membuat keputusan untuk mendaftar di Sekolah Penjara, memanfaatkan peluang yang ada untuk melanjutkan pelajaran dan memperbaiki dirinya dari segi akademik.
Walaupun sudah 15 tahun meninggalkan bangku sekolah, Nabil tetap tabah dan menguatkan iltizam untuk berjaya.
Dengan sokongan daripada Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS), rakan-rakan sekelas, serta bimbingan guru-guru Sekolah Penjara, dia berjaya cemerlang dalam pelajarannya.
"Ia tidak mudah tetapi saya mengulang kaji pelajaran saya setiap hari," kata Nabil.
Berkat kegigihannya, Nabil muncul sebagai salah seorang pelajar terbaik di Sekolah Penjara, memperoleh empat gred cemerlang dan A1 dalam Matematik.
Dia kini sedang menyambung pelajaran di peringkat GCE 'A' dan bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke universiti.
"Saya bercita-cita untuk ke universiti dan mendapat pekerjaan yang baik. Saya berazam untuk mendapatkan semula kepercayaan kedua orang tua saya dan membanggakan mereka selepas dibebaskan nanti," kata Nabil.
Dia turut berkongsi pesanan kepada mereka yang ingin mengubah hidup.
"Teruskan usaha dalam mengejar pendidikan kerana ia adalah kunci kejayaan. Jangan pernah berputus asa dan sentiasa tingkatkan kemahiran anda tidak kira berapa usia anda. Hidup ini adalah perjalanan berterusan untuk memperoleh ilmu. Apabila saya dibebaskan nanti, saya ingin berusaha untuk masa depan yang lebih baik," katanya penuh tekad.
Tahun lalu, seramai 21 orang banduan menduduki peperiksaan GCE 'O' melalui program Sekolah Penjara.

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.