3 kakitangan prasekolah digantung kerja selepas kanak-kanak didakwa dikunci dalam bilik gelap
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: MCI
SINGAPURA: Tiga kakitangan di sebuah prasekolah digantung kerja menyusuli dakwaan salah pengurusan kanak-kanak.
Demikian menurut Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) pada Khamis (29 Feb).
Seorang ibu murid dan prasekolah di Seletar itu membuat laporan kepada ECDA pada Isnin. Mediacorp tidak menamakan prasekolah berkenaan mengikut Akta dan Peraturan Kanak-kanak dan Orang Muda.
Agensi itu menyatakan pihaknya sudah memulakan siasatan, termasuk melakukan lawatan tanpa pengumuman ke prasekolah berkenaan, meneliti rakaman CCTV, soal siasat dan pengesahan rekod.
Polis mengesahkan bahawa satu laporan telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan. Mediacorp sudah menghubungi prasekolah itu untuk mengulas hal tersebut.
Ibu tersebut, yang enggan dikenal pasti, memberitahu Mediacorp bahawa dia telah membuat aduan polis selepas pihak pengurusan prasekolah itu menunjukkan rakaman CCTV anak lelakinya dimarahi dalam sebuah bilik gelap minggu lalu.
Kanak-kanak berusia tiga tahun itu sebelum ini memberitahunya bahawa ia adalah satu bentuk hukuman di prasekolah itu apabila dia berkelakuan 'nakal'. Salah seorang gurunya telah memberikan bayangan kepadanya bahawa anaknya diperlakukan secara tidak adil di prasekolah itu dan beliau patut bertanya kepada anaknya mengenai perkara itu.
Apabila anaknya menyebut mengenai bilik gelap tersebut, beliau cuba untuk menyangka baik, jelasnya.
Kumpulan murid dan tenaga kerja di prasekolah itu kecil dan beliau mempercayai guru-gurunya yang kebanyakannya kekal di sana apabila sekolah tersebut melalui perubahan dalam pengurusan.
Sekalipun rakaman tersebut yang ditontonnya tidak mempunyai audio, ibu itu berkata apa yang dilihatnya sama seperti yang diceritakan anaknya. Terdapat dua guru yang terlibat - mereka menunjukkan raut wajah yang marah dan kelihatan seperti membanting pintu dan menjerit ke arah anaknya.
Apabila beliau bertanya pihak pengurusan sekolah itu jika mereka telah bercakap dengan guru-guru tersebut, beliau diberitahu bahawa laporan insiden yang mereka laporkan berlainan daripada apa yang dirakam di CCTV.
Menurut ECDA, demi keselamatan kanak-kanak sementara siasatan dijalankan, kakitangan yang digantung tugas tidak akan dibenarkan bekerja dalam sektor tersebut.
"ECDA telah mengarahkan pengendali prasekolah itu untuk memantau dengan teliti kanak-kanak tersebut dan memeriksa sejahteraan mereka serta memberi bimbingan rapi kepada kakitangannya," jelasnya.
Tambah ECDA, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap pendidik dan pengendali prasekolah apabila mereka didapati bersalah kerana tidak memenuhi kewajipan menjaga kanak-kanak di bawah jagaan mereka.
"Bagi kes serius di mana terdapat niat jelas untuk mencederakan kanak-kanak itu, kes tersebut akan dirujuk kepada polis untuk siasatan jenayah," kata jurucakap ECDA.
Dalam surat yang dikirimkan kepada ibu bapa, prasekolah tersebut menyatakan bahawa pihaknya sedang memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan ECDA dan komited untuk bersikap telus. Tambahnya, ia akan melantik seorang kaunselor yang berdedikasi untuk menyediakan sokongan kepada pelajar dan anggota kakitangan.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.