Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 jenis ubat kencing manis ditarik balik kerana 'pencemaran'

Tiga jenis ubat kencing manis metformin ditarik balik setelah ia didapati mengandungi sejenis bahan tercemar, menurut Penguasa Sains Kesihatan (HSA) hari ini (5 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
3 jenis ubat kencing manis ditarik balik kerana 'pencemaran'

(Gambar: HSA)

Diterbitkan : 05 Dec 2019 04:14PM Dikemas Kini : 05 Dec 2019 04:18PM

SINGAPURA: Tiga jenis ubat kencing manis metformin ditarik balik setelah ia didapati mengandungi sejenis bahan tercemar, menurut Penguasa Sains Kesihatan (HSA) hari ini (5 Dis).

Ubat-ubatan yang terjejas ialah pil-pil Glucient XR 500mg yang dikeluarkan oleh Glorious Dexa Singapore dan semua bekalan pil 750mg dan 1000mg pil Meijumet Prolonged Release yang dibekalkan oleh Pharmazen Medical.

Ketiga-tiga ubat itu didapati mengandungi jumlah bahan tercemar nitrosamine atau N-notrosodimethylamine (NDMA) iaitu pada paras yang boleh diterima di peringkat antarabangsa.

Menurut HSA, ia menguji kesemua 46 ubat-ubatan metformin yang dijual dalam pasaran tempatan dan mendapati 43 daripadanya tidak terjejas.

HSA menambah, risiko terhadap para pesakit yang terjejas amatlah rendah kerana potensi risiko penggunaan nitrosamine dikaitkan dengan penggunaan jangka panjang.

NDMA lazimnya ditemui pada kadar rendah dalam makanan diproses seperti sayur-sayuran jeruk, ikan masin dan produk daging diproses seperti dendeng babi dan sosej. Ia juga ditemui dalam persekitaran dan hadir dalam pencemaran udara.

PARA PESAKIT TIDAK HARUS BERHENTI AMBIL PERUBATAN ITU

Para pesakit yang mengambil ubat-ubatan metformin yang terjejas dinasihatkan supaya tidak tiba-tiba berhenti mengambil ubat-ubatan itu dengan sendiri. Ini kerana jika mereka berhenti mengambilnya secara mendadak ia akan menaikkan kandungan gula dalam darah dan mungkin menimbulkan risiko kesihatan lebih tinggi.

Para karyawan jagaan kesihatan dinasihatkan oleh HSA untuk menghubungi para pesakit mereka yang terjejas bagi mengaturkan pertukaran jenis ubat itu secepat mungkin. Para pesakit yang berasa bimbing mengenai rawatan yang sedang dijalani boleh bertemu dengan doktor atau ahli farmasi mereka.

Menurut HSA, ia juga sedang bekerjasama dengan syarikat pembekal ubat-ubatan itu serta agensi kawal selia kebangsaan bagi mengenal pasti punca pencemaran dan menangani isu itu.

Menurut HSA, arahan menarik balik ubat-ubatan yang terjejas itu dilakukan di seluruh dunia.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan