Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 individu dikurnia anugerah tertinggi atas peranan lawan COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
3 individu dikurnia anugerah tertinggi atas peranan lawan COVID-19

(Dari kiri) Profesor Madya Kenneth Mak, Encik Pang Kin Keong dan Encik Tan Chong Meng (Gambar: MCI, PSD & NUHS)

SINGAPURA: Tiga individu pada Khamis (29 Dis) diiktiraf dengan anugerah kebangsaan tertinggi atas sumbangan mereka kepada perjuangan Singapura melawan pandemik COVID-19. 

Profesor Madya Kenneth Mak Seck Wai, Encik Pang Kin Keong dan Encik Tan Chong Meng menerima Pingat Jasa Gemilang (COVID-19) - penghormatan tertinggi di bawah Anugerah Kebangsaan (COVID-19).

Pingat itu diberikan atas "komitmen teguh dan kepimpinan teladan mereka dalam menyelaraskan tindak balas Singapura terhadap pandemik, memimpin usaha seluruh negara untuk melindungi nyawa dan mata pencarian semua penduduk serta membawa kami ke arah pemulihan," menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan media. 

Profesor Madya Mak merupakan pengarah khidmat perubatan di Kementerian Kesihatan (MOH). Sebagai ketua penasihat perubatan, beliau membantu Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian COVID-19 (MTF) dan agensi-agensi pemerintah lain untuk melakarkan strategi keseluruhan bagi mengurukan penularan COVID-19. 

Beliau juga membantu menyelia tindak balas kesihatan awam untuk mengekang penularan koronavirus dalam masyarakat. 

Profesor Madya Mak berkata beliau berterima kasih atas kesempatan untuk menyumbang kepada perjuangan Singapura menentang COVID-19. 

"Anugerah ini melambangkan pengiktirafan dan penghargaan negara terhadap pengorbanan besar yang dilakukan oleh karyawan jagaan kesihatan kami sewaktu keadaan sukar," katanya. 

Encik Pang merupakan pengerusi Sistem Pengurusan Krisis dalam Negeri dan Setiausaha Tetap di Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA). 

Menurut PMO, "Beliau mengerahkan pelbagai agensi ke sektor-sektor masyarakat, swasta dan awam untuk bertindak balas terhadap krisis, menjangkakan  trajektori COVID-19 berpotensi, membangunkan pelan tindakan bagi peringkat pandemik yang berbeza dan kemudian mengambil langkah-langkah untuk kembali hidup seperti biasa." 

Encik Pang berkata beliau menganggap anugerah itu "lebih sebagai satu pengiktirafan bagi sektor khidmat awam dan bukan sesuatu yang peribadi". 

"Ia adalah penghormatan buat rakan-rakan setiausaha tetap, timbalan setiausaha, ketua eksekutif dan penjawat awam lain yang bertungkus-lumus untuk menguruskan krisis itu.

Encik Tan merupakan ketua bagi Pasukan Bertindak Kemudahan Jagaan Masyarakat Temasek dan CEO Kumpulan PSA International. 

Beliau membantu untuk memastikan rantaian bekalan Singapura "mampu mengatasi pelbagai gangguan sejagat dan tempatan disebabkan COVID-19," menurut PMO. 

Encik Tan merupakan pengerusi bersama Pasukan Bertindak Bangkit Lebih Kukuh. 

Ketiga-tiga penerima itu merupakan dalam kalangan sekitar 9,500 individu yang diiktiraf atas sumbangan luar biasa mereka dalam Anugerah Kebangsaan (COVID-19). Lebih 480 pasukan juga akan menerima Sijil Kepujian Presiden. 

Lagi 99,000 individu dan 800 pasukan akan menerima Pingat Daya Tahan COVID-19 dan Sijil Daya Tahan COVID-19, iaitu anugerah baru. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan