Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 dipenjara di bawah Akta Keselamatan Kebakaran

Tiga orang lelaki dijatuhi hukuman penjara kerana kesalahan di bawah Akta Keselamatan Kebakaran, sehingga menyebabkan kematian empat warga asing di sebuah rumah kedai di Geylang pada 2014.

Anggaran Waktu Membaca:
3 dipenjara di bawah Akta Keselamatan Kebakaran

(Gambar hiasan: AFP)

Diterbitkan : 18 Feb 2019 07:39PM Dikemas Kini : 18 Feb 2019 07:40PM

SINGAPURA: Tiga orang lelaki dijatuhi hukuman penjara kerana kesalahan di bawah Akta Keselamatan Kebakaran, sehingga menyebabkan kematian empat warga asing di sebuah rumah kedai di Geylang pada 2014.

Ini merupakan kali pertama hukuman penjara dijatuhkan bagi kesalahan sedemikian.

Punca kebakaran di rumah kedai di Geylang ini adalah kerosakan elektrik.

Namun, siasatan juga menunjukkan terdapat 22 pekerja asing yang tinggal di rumah kedai terjejas. Ini jauh melampaui had lapan orang yang dibenarkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).

Oleh itu, penyewa rasmi rumah kedai berkenaan, Khah Tee Meng dan pembantunya, Ong Kah Sim, dihukum penjara 13 bulan dan denda S$60,000.

Pemilik rumah kedai berkenaan, Chiang Teck Fung, pula dihukum penjara 10 bulan dan denda S$50,000.

Ketiga-tiga lelaki itu kini dibebaskan di bawah ikat jamin $15,000 seorang dan akan memulakan hukuman penjara pada 4 Mac ini.

Pada Jun lalu, tiga orang pengarah dan syarikat mereka didenda sejumlah $153,000 kerana menempatkan para pekerja asing mereka di rumah kedai yang sama.

Sumber : CNA/AA/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan