Skip to main content

Singapura

3 dikejar ke hospital selepas kereta terbalik dalam kemalangan di East Coast Parkway

Tiga orang dikejarkan ke hospital selepas satu kemalangan jalan raya berlaku di East Coast Parkway (ECP) pada dini hari Sabtu (9 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
3 dikejar ke hospital selepas kereta terbalik dalam kemalangan di East Coast Parkway

(Gambar: Watson Wong)

Diterbitkan : 09 Jan 2021 06:22PM Dikemas Kini : 09 Jan 2021 06:58PM

SINGAPURA: Tiga orang dikejarkan ke hospital selepas satu kemalangan jalan raya berlaku di East Coast Parkway (ECP) pada dini hari Sabtu (9 Jan).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa ia dimaklumkan kepada satu kemalangan jalan raya di ECP menghala ke Lebuh Raya Marina Coastal selepas jalan keluar Bedok South pada 9 Jan pada kira-kira pukul 2.00 pagi.

Kemalangan itu melibatkan dua buah kereta, menurut polis.

Dua wanita berusia 23 dengan 24 tahun dan seorang lelaki berusia 25 tahun dalam keadaan sedar ketika dibawa ke Hospital Besar Changi, menurut polis.

Satu rakaman video yang dipasang dalam kenderaan yang tular di media sosial menunjukkan sebuah kereta merempuh pembahagi jalan raya sebelum ia terbalik ke laluan jalan raya di bahagian lain.

Serpihan kelihatan berterbangan ke arah cermin hadapan sebuah kereta yang berhampiran.

Polis sedang menjalankan siasatan.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita