3 didakwa atas tuduhan membuat permohonan pinjaman palsu bernilai S$16 juta
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Tiga individu didakwa hari ini (21 Feb) atas tuduhan berpakat untuk menipu enam institusi kewangan dengan membuat permohonan pinjaman palsu bernilai sekitar S$16 juta.
Ketiga-tiga tertuduh yang berusia antara 44 dengan 48 tahun dituduh membuat 18 permohonan sedemikian.
Antara Mac hingga Ogos 2018, Choy Weng Keen Adrian, Foong Chong Hung dan Woo Wai Hoong Samuel dipercayai menipu keenam-enam institusi kewangan itu dengan membuka kemudahan kredit atau menyediakan bayaran pinjaman kepada lapan individu.
Ini dilakukan dengan menyerahkan Notis Taksiran yang mengandungi pendapatan tahunan yang sengaja dinaikkan bagi kesemua lapan individu tersebut.
Sesiapa yang didapati bersalah atas kesalahan tersebut boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan didenda.
Ketiga-tiga tertuduh juga didakwa bersubahat untuk mengemukakan 27 Akuan Berkanun palsu yang dibuat oleh 14 individu kepada Penguasa Hasil Mahsul Singapura (IRAS).
Sesiapa yang didapati bersalah kerana membuat Akuan Berkanun palsu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan didenda.

Sumber : CNA/II/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.