Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 diberkas cuba rompak kapal Liberia di Selat S'pura

Tiga orang diberkas selepas mereka cuba merompak sebuah kapal berdaftar di Liberia di Selat Singapura pada Isnin (16 Mac), menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam kenyataan medianya.

Anggaran Waktu Membaca:
3 diberkas cuba rompak kapal Liberia di Selat S'pura

Kapal litoral RSS Independence (depan, kiri) dan kapal Polis Pengawal Pantai (depan, kanan) dikerahkan untuk memantau kapal berdaftar di Liberia, Sam Jaguars, (latar) di bahagian timur Pulau Karimun Kecil, Indonesia, pada 16 Mac 2020. (Gambar: MINDEF).

Diterbitkan : 17 Mar 2020 07:50AM Dikemas Kini : 17 Mar 2020 07:57AM

SINGAPURA: Tiga orang diberkas selepas mereka cuba merompak sebuah kapal berdaftar di Liberia di Selat Singapura pada Isnin (16 Mac), menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam kenyataan medianya.

Pusat Kawalan Operasi Pelabuhan Penguasa Maritim dan Pelabuhan (MPA) menerima aduan pada sekitar 5.00 pagi mengenai para perompak yang menaiki kapal Sam Jaguar.

Ketika itu, anak kapal sudah mengunci para perompak dalam bilik enjin, menurut MINDEF.

Sebagai persiapan jika terdapat kapal yang memasuki kawasan perairan Singapura, Pasukan Petugas Keselamatan Maritim Angkatan Tentera Laut Republik Singapura (RSN) memantau dan mengawasi pergerakan kapal berkenaan dan mengerahkan kapal litoral RSS Independence dan Polis Pengawal Pantai ke tempat kejadian.

Pada masa yang sama, Pusat Gabungan Maklumat (IFC) mengongsi maklumat mengenai insiden tersebut dengan pihak berkuasa Indonesia. Laporan tentang insiden berkenaan juga dikongsi dengan Perjanjian Kerjasama Serantau untuk Memerangi Lanun dan Rompakan Bersenjata (ReCAPP), menurut MINDEF.

Angkatan Tentera Laut Republik Indonesia kemudian mengerahkan dua kapal dan sebuah helikopter untuk menahan kapal tersebut di kawasan perairan negara itu, sekali gus membantu pihak berkuasa Indonesia untuk menangkap ketiga-tiga suspek.

Anak kapal selamat dan tidak diapa-apakan, menurut MINDEF.

Ketua IFC Leftenan Jeneral Gary Ow berkata operasi tersebut berhasil disebabkan oleh 'kerjasama baik dan respons pantas' antara agensi-agensi penguatkuasaan Singapura dan Indonesia.

"Dengan bekerja rapat bersama masyarakat perkapalan dan kapal litoral untuk memantau perairan kita dan saling berkongsi maklumat, kita dapat bertindak dengan pantas dan meningkatkan lagi tekanan ke atas perompak dan lanun, sekali gus mengurangkan jumlah insiden semikian di laut," kata Leftenan Jeneral Gary Ow.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan