Skip to main content

Singapura

3 dibawa ke hospital susuli kemalangan berangkai di AYE

Tiga orang dibawa ke Hospital Ng Teng Fong menyusuli kemalangan berangkai melibatkan dua kereta dan enam motosikal pada pagi Rabu (14 Jan).
Anggaran Waktu Membaca:
3 dibawa ke hospital susuli kemalangan berangkai di AYE

Kemalangan berangkai berlaku di Ekspreswe Ayer Rajah pada 14 Jan 2026. (Gambar: Pengguna Facebook)

Diterbitkan : 14 Jan 2026 07:12PM Dikemas Kini : 14 Jan 2026 07:15PM

SINGAPURA: Tiga orang dibawa ke Hospital Ng Teng Fong menyusuli kemalangan berangkai melibatkan dua kereta dan enam motosikal pada pagi Rabu (14 Jan).

Kemalangan itu berlaku di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) menghala ke Ekspreswe Marina Coastal (MCE).

Dalam rakaman video yang dimuat naik ke media sosial, beberapa motosikal kelihatan tercampak di dua daripada tiga lorong, manakala dua kereta masih berada di lorong pertama.

Beberapa penunggang motosikal dilihat berdiri bersebelahan motosikal masing-masing, dengan seorang penunggang sedang duduk di lantai.

Dalam respons kepada pertanyaan dari Mediacorp, polis menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada kira-kira pukul 7.25 pagi.

Polis menambah dua penunggang motosikal lelaki berusia 24 tahun dan seorang penunggang motosikal lelaki berusia 42 tahun dibawa ke hospital dalam keadaan sedar.

Siasatan polis masih dijalankan.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita