3 dibawa ke hospital susuli kebakaran di kondominium Kovan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tiga orang dikejarkan ke hospital selepas kebakaran berlaku di sebuah kondominium di Kovan pada pagi Khamis (19 Feb).
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan dalam catatannya di Facebook bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai kebakaran di 6 Kovan Rise, iaitu alamat Kovan Regency.
Anggota bomba dari balai bomba Sengkang, Paya Lebar dan Kallang memberi respons terhadap kejadian itu, dan mendapati unit tingkat 14 terbakar sebaik sahaja mereka tiba.
"Anggota bomba mendengar jeritan meminta bantuan dan bunyi ketukan pintu dari dalam unit," menurut SCDF.
"Anggota bomba segera memasuki unit yang dipenuhi asap dan memulakan pencarian di unit dua tingkat itu."
SCDF menambah bahawa enam orang, termasuk empat dari tingkat bawah, diselamatkan dari unit yang terbakar.
Kebakaran yang melibatkan dapur dan ruang tamu di tingkat bawah dipadamkan dengan jet air, manakala bahagian lain unit itu mengalami kerosakan haba dan asap pada tahap yang berbeza.
Daripada enam orang yang diselamatkan, tiga diperiksa kerana menghidu asap, dengan seorang juga mengalami kecederaan terbakar.
Mereka dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH).
Tiga orang yang lain tidak memerlukan bantuan ambulans.
Menurut SCDF, kira-kira 100 penduduk mengosongkan sendiri bangunan itu sebelum anggota bomba tiba di tempat kejadian.
Punca kebakaran sedang disiasat.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.