Skip to main content

Singapura

3 dibawa ke hospital selepas teksi rempuh kereta di Moulmein Road; pejalan kaki nyaris dilanggar

Anggaran Waktu Membaca:
3 dibawa ke hospital selepas teksi rempuh kereta di Moulmein Road; pejalan kaki nyaris dilanggar

(Gambar: ROADS.sg/Facebook)

Diterbitkan : 18 Sep 2023 07:03PM Dikemas Kini : 19 Sep 2023 12:27AM
SINGAPURA: Tiga lelaki dibawa ke hospital setelah sebuah teksi merempuh sebuah kereta pada kelajuan tinggi di  Moulmein Road pada petang Ahad (17 Sep).

Kenderaan tersebut nyaris melanggar seorang pejalan kaki yang sedang berada di pembahagi jalan.

Dalam video yang dimuat naik oleh kumpulan Facebook Roads.sg, sebuah teksi merah dilihat memecut dari Mandalay Road ke arah Moulmein Road sebelum merempuh sebuah kereta hitam dan terhenti di jalan raya dari arah bertentangan.

Kesan kemalangan itu menyebabkan kereta hitam tersebut naik ke pembahagi jalan dan laluan pejalan kaki.

Seorang pejalan kaki wanita dilihat terjatuh ketika cuba menyelamatkan dirinya daripada dilanggar. 

Menjawab pertanyaan Mediacorp, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang kemalangan di persimpangan antara Mandalay Road dengan Moulmein Road itu pada 2.00 petang Ahad.

Menurut polis seorang pemandu berusia 61 tahun dan penumpangnya yang berusia 45 tahun, serta pemandu teksi berusia 68 tahun dibawa ke hospital dalam keadaan sedar.

SCDF menyatakan dua lelaki tersebut dibawa ke Hospital Tan Tock Seng, manakala lelaki ketiga dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH).

Pemandu teksi tersebut sedang membantu siasatan polis.
Sumber : Today/SF/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita