Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 daripada setiap 1,000 orang di S'pura berusia 50 tahun ke atas hidap Parkinson

Tiga daripada setiap 1,000 orang di Singapura yang berusia 50 tahun ke atas, menghidap penyakit Parkinson.

Anggaran Waktu Membaca:
3 daripada setiap 1,000 orang di S'pura berusia 50 tahun ke atas hidap Parkinson

Gambar hiasan. (Gambar: Jean-Christophe Verhaegen/AFP)

Diterbitkan : 19 May 2019 04:09PM Dikemas Kini : 19 May 2019 04:14PM

SINGAPURA: Tiga daripada setiap 1,000 orang di Singapura yang berusia 50 tahun ke atas, menghidap penyakit Parkinson.

Ini menjadikannya penyakit kedua paling utama yang menjejas sistem saraf.

Anggota badan menggeletar tidak terkawal merupakan antara gejala penyakit Parkinson.

Tetapi bukan itu sahaja, ia boleh juga menyebabkan pesakit menghadapi masalah tidur dan rasa muram.

Pesakit Parkinson's seperti Encik Jason Foo, 55 tahun, sudah lebih 10 tahun mengalami penyakit tersebut.

"Saya perlu mengambil ubat setiap tiga jam dan sungguhpun demikian, tiada jaminan. Ini tidak bermakna saya boleh bertahan untuk selama tigajam lagi tanpa sebarang ketidakupayaan (pergerakan) motor," kata beliau.

Sungguhpun demikian, beliau terus berusaha untuk kekal aktif dan belajar bermain deram - suatu senaman yang direka buat para pesakit Parkinson.

Bagi Jason, sokongan keluarga dan dua orang anaknya yang berusia 22 dan 26 tahun, memberi kekuatan baginya.

"Secara fizikal dan mental, beliau (isterinya) adalah penyokong terkuat saya. Apabila saya muram, beliaulah yang menceriakan saya. Apabila saya tidak dapat mengenakan baju dengan sendiri, beliaulah yang membantu saya," cerita Jason tentang sokongan padu yang dicurahkan isterinya.

APABILA SUAMI ISTERI TERKENA PARKINSON

Bagi seorang lagi pesakit Parkinson, Cik Lilian Sim yang berusia 68 tahun, beliau tidak membenarkan penyakit tersebut itu melemahkan dirinya.

Mantan penolong peribadi seorang CEO itu terus menerus melakukan senaman secara harian.

Ini termasuklah dengan menggunakan alat meregang sebagaimana ynag disarankan pakar fisioterapi.

"Saya didiagnos pada tahun 2001 dan saya perlu membuat perubahan gaya hidup untuk memastikan saya lebih fleksibel dan ceria, kerana seseorang boleh menjadi sangat tertekan setelah diberitahu menghidap Parkinson," kata Cik Sim.

"Cubalah dorong diri sendiri, kerana anda tidak berguna kepada sesiapa jika anda muram dan murung."

Cik Lim berkata, suaminya juga menghidap Parkinson. Namun beliau sentiasa mendorong semangat isterinya itu.

Begitu juga, Cik Lim turut melakukan perkara yang sama.

Bagi mengurangkan kesan anggota tubuh menjadi terus lemah, para pesakit dinasihati supaya kekal aktif dengan menceburi diri dalam kegiatan- kegiatan direka khas untuk pesakit Parkinson's.

Pakar fisioterapi juga menyarankan pesakit bersenam setiap hari untuk mengelakkan badan terus menjadi lemah.  

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan